26.12.10

26

Akhir-akhir ni, nombor 26 memainkan beberapa peranan penting dalam hidup aku. Aku menjadi sangat teruja, cuak, seram-seram tenang dan kadangkala berfikiran jauh ke hadapan. Perubahan yang paling ketara adalah selera makan aku menjadi-jadi. Setiap hari jadual pemakanan aku menjadi padat dan hampir setiap masa aku rasa lapar dan nak makan. Perut aku pun dah mula memboroi jika dilihat daripada pandangan sisi.

Jika dalam perbualan, kelihatan aku cuba menggunakan perkataan yang agak berhemah dan matang seperti 'kardiovaskular' dan 'konserto terakhir'. Ayat-ayat carutan sudah dikurangkan penggunaannya. Kutukan dan kritikan yang melampau juga berjaya dikurangkan.

Namun, disebalik perubahan-perubahan ini, terselit juga beberapa perkara yang kurang seronok. Aku tak dapat menghadiri majlis doa selamat seorang sahabat baik aku iaitu Encik P yang juga merangkap suami kepada Puan Nasya yang juga majlis timbal balas perkahwinan diorang di pihak lelaki. Majlis diadakan di Kuala Terengganu. Memang aku beridam nak kembali ke sana sejak hampir 2 tahun lalu. Tapi majlis tersebut bertembung dengan satu lagi majlis perkahwinan abang sahabat baik aku juga yang bakal diadakan di Kampung Bukit Kuching, Jeram. Dalam pada masa yang sama juga, aku kena menghadiri bengkel kerja di Bangi yang bermula 22 haribulan sehingga 26 haribulan Disember. Jadi aku terpaksa mengambil keputusan untuk tidak ke Kuala Terengganu. Hampa.

Cuma apa yang penting pada 26 haribulan adalah pada malam harinya. Aku perlu nampak tenang, yakin, serius, kacak dan manis. Gaya penampilan juga perlu canggih, kemas, rambut yang disisir rapi, muka yang bersih dicuci dan tanpa misai yang sudah dicukur. Cukup dengan segala wangian minyak wangi dan juga sepasang stokin yang bersih.

Bismillah.

Telur wanita professional

Semalam sekumpulan wanita berkerjaya professional bermesyuarat tentang 'telur'. Err...apa ada dengan telur? Kenapa dengan telur? Apasal telur? Sedap ke telur tu? Apa kena mengena telur dengan wanita-wanita ini?


 Ini adalah telur.






Entah la. Tanyalah diorang. Aku bukan segolongan dengan diorang. :D

23.12.10

Sama dan Serupa

Salam.

Korang perasan, umat manusia sekeliling kita termasukla kita sendiri berfikiran macam ni:
  • mahu kurus bila perasan lemak dan spare-tyre makin menimbum di seluruh badan.
  • mahu rajin bila sedar diri tu makin malas bila diletakkan tanggungjawab semasa bekerja, belajar, bersukan, dan mengemas rumah.
  • mahu cantik/hensem bila tengok orang lain nampak cantik sedangkan dia tahu bahawa itu hanya gambaran pro-sosialis, plastik, menipu dan bebanan yang mengaburi mata untuk memberikan kepuasan yang cepat membosankan dan membuat orang sedar yang sebenarnya kita wujud dan hidup bersama mereka.
  • mahu sihat bila sedar nafas kita mudah tercungap-cungap walaupun hanya 5 saat berjogging/main ping pong/main kejar-kejar dengan anak sendiri, bila doktor mengesahkan yang tekanan darah kita memuncak ke bar paling atas, aliran darah kita tak selancar sewaktu kita berumur 4-5 tahun bila ianya dipam jantung ke seluruh badan dan bila doktor pesan mintak kita kurangkan tahap kolestrol kita yang dah macam parasit dalam kita sampai boleh jadi penyebab kita cepat mati.
  • mahu kekal muda bila kedut dimuka mula merekah, remos hitam kita bertukar putih, kita menjadi pengikut fesyen skinhead setelah rambut yang tebal mula taknak tumbuh kat kepala kita dan bila anak-anak kita melahirkan anak-anak mereka.
  • mahu jadi kaya bila tengok orang lain pakai pakaian yang berjenama, kereta yang berharga atas RM 70k, ada rumah 10 bilik berserta kolam renang bersaiz 3 padang bola sepak dan laman rumah yang seluas mata memandang dan bila hidup dibebani tekanan hidup dan bebanan hutang-hutang yang takkan habis walaupun generasi kita yang 39 mati.
  • mahu cari pasangan hidup kelas pertama dimata Allah sedangkan hidup kita teruk diselaputi hawa nafsu, buta agama, penuh penipuan dan kepura-puraan. Tapi, Allah Maha Mengetahui.
  • dunia yang sementara lagi penting dari akhirat yang kekal abadi, sampai lupa tujuan kenapa kita hidup dalam bumi yang berbentuk sfera yang juga milik Allah ni.
  • yang cantik itu membahagiakan berbanding yang buruk sedangkan hakikatnya, banyak benda yang cantik kat dunia ni menyiksakan dan menyusahkan kita.
  • mahu lari dari tanggungjawab, bebanan dan tekanan dan duduk di ceruk pulau ditemani keseronokan dan ketenangan yang tiada had sedangkan 3 benda tu la yang jadikan hidup kita penuh bermakna, corak, cabaran dan keseronokan.
  • mahu lahir dalam keadaan kaya raya, terkenal dan penuh kesenangan dunia. Padahal itulah penyebab kita bebal ,dungu dan pemalas.
  • mahu jadi manusia paling sempurna dimata semua orang.
Lagi? Korang tambahla sendiri. Aku nak melunaskan 'hajat' di bilik termenung. Nak ikut?

24.11.10

Ramona-ku.

Salam.

Sejak beberapa hari ni, aku terlalu inginkan mendengar lagu dendangan Beck ini:

Ramona

Here we go, 1 2 3 4

There's nothing left to hide

You can see it in my eyes
Oh I've tried to be who I thought you wanted

And if it's all a lie

The truth's not far behind
We could try to live right for the moment

Ramona

Ramona
Ramona

If only I had known

It's less than what I felt
Why should I have nothing to fear from?

Ramona

Ramona
Ramona

Ramona

Ramona
Ramona
Ramona
Ramona
Ramona



Mungkinkah keinginan yang timbul ini datangnya dari mata seorang gadis ini?


Ehem!

Ya, aku pasti. Dan nanti akan datang satu video dimana aku bermain gitar sambil menyanyikan lagu ini dengan sedikit ubahan pada liriknya. Dia tahu dan tersenyum ketika ini hingga selamanya. Dia, Ramona-ku.

12.11.10

Nanti

Salam

Lewat pagi tu, Muaz sedang cuba menjawab soalan-soalan ujian minda yang aku berikan padanya.

"Abi, apa jawapan untuk soalan nih?" tanya Muaz kepada aku.

Muaz memandang aku dengan penuh tanda tanya sambil mengerut dahi dan menggaru kepala untuk mendapatkan kepastian. Holography touchscreen yang memaparkan bacaan berita dari Harakah aku hidekan seketika. Pandangan aku terus ke arah kertas yang dipegang Muaz.

Aku turut mengerutkan dahi seperti Muaz. Tangan kanan mengurut janggut sepanjang 10 sentimeter dengan perlahan-lahan.

"Abi tak tahu lah Muaz. Cuba pi tanya ummi. Abi rasa ummi tahu." jawab aku perlahan.

Muaz terus berlari anak ke dapur mencari umminya.

"Ummi! Ummi!" panggil Muaz setelah melihat susuk tubuh seorang wanita yang berumur lewat 20-an sedang memotong lobak untuk dijadikan tomyam untuk santapan tengahari nanti. Beliau sememangnya tahu suami dan anaknya amat meminati tomyam apatah lagi tomyam dari hasil tangannya yang terkenal dengan rasa keenakkan dan kepedasan tahap raksasa gorgon itu.

"Ye Muaz? Ada apa sayang?" jawab wanita itu perlahan sambil menguntumkan senyuman manis. Matanya menyepet secara semulajadi apabila senyum. Seperti mahu nangis, amat comel sekali.

"Apa jawapan untuk soalan ni ummi? Abi kata ummi tahu jawapannya." tanya anak kecil itu sambil menghulurkan kertas yang dipegang.

Wanita itu membaca soalan itu yang bertulis ini:

'Apakah hobi dan berapakah saiz kasut Shahir AF8?'


Riak wajah wanita itu terus berubah. Dahi di kerut dan bibir diketap rapat. Kemudian beliau menjerit,

"ABANGGGGG!!!!"

8.11.10

Hamster

Salam.

salah seekor hamster yang berjaya ditangkap.

Pemberitahuan. Kantor sudah menjadi tempat para hamster berkumpul, mengganas dan memporak-perandakan suasana bekerja di setiap sudut, celah dan tempat. Riot yang dicetuskan cukup membimbangkan ramai pengkaji-pengkaji politik dan sosio-ekonomi negara ini yang rata-rata berpendapat kejadian yang berlaku ada kaitannya dengan hibernasi haiwan yang bakal ditempuhi beberapa bulan lagi. Krew wartawan yang membuat liputan mengenai hal ini mendapati, banyak kuaci telah menjadi korban kerakusan hamster-hamster yang terbiar ini. Kulit kuaci kelihatan bertaburan di merata tempat tanpa ada siapa yang mengutip dan memasukkan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Mereka berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika tidak mahu kejadian ini berlarutan hingga tiada siapa yang mahu ambil peduli.

"Hilang kaki, terpijak bom,
hilang kasut, beli yang baru."

Saya, Karam Kapal Ditengah Laut melaporkan untuk TV86.

4.11.10

Dulu Yang Seram


"Assalamualaikum warohmatullah."
"Assalamualaikum warohmatullah."

Ustaz yang juga imam menamatkan solat isya' pada malam itu dengan penuh tertib. Diikuti kami- makmum yang berada dibelakang. Setelah beristighfar, berwirid dan berdoa, kami naik ke dorm masing-masing bersiap untuk prep di dewan makan. Malam ni kami dimaklumkan oleh warden supaya prep di dewan makan sahaja. Tidak dinyatakan pula kenapa. Selalunya kami ditempatkan di kelas-kelas di sekolah. Aku dalam diam merasa tidak setuju dengan tindakan warden ini. Belajar beramai-ramai dalam dewan makan yang tidak sebesar mana boleh merimaskan badan dan menyesakkan minda murni kami yang bijak-bijak belaka ini.

"Apek, sikat mana sikat?"

Tanya aku pada Apek yang sedang memilih buku untuk dibawa bersama. Terselit bersama komik rebutan kami satu asrama iaitu Dragon Ball. Ya, kami memang cukup histeria dengan komik-komik bersiri macamni termasuklah Pendekar Laut, Jejak Wira, Dr. Slump dan juga Alam Perwira. Oh ya, juga majalah Mastika. Tidak lupa juga bahan-bahan lain seperti ini- bekalan makanan dan lauk budak lain yang dibekalkan oleh mak-mak diorang setiap hujung minggu, rokok member, cerita porno melayu( opsss... ), cd wrestling WWF yang ada tunjuk match Mick Foley a.k.a. Mankind dan Cactus Jack( ini orang kalau gaduh, memang sampai keluar darah dan cedera melampau ) dan nombor telefon serta surat cinta awek-awek sekolah lain( yang ni memang aku yang jadi penulis surat tetap member-member yang nak bercinta ).

"Nah!" Apek hulur sikat tanpa jeling aku seinci pun. Aku jarang sikat rambut tapi kalau dah sikat tu maknanya mood belajar aku dah sampai tahap bersemangat lima kali ganda daripada biasa. Habis sikat rambut, aku ke loker untuk ambil buku. Aku tengok Apek dan Ceper dah ready nak keluar dorm.

"Oi! Tunggu la weh.", jerit aku.
"Lambat tinggal!" balas Ceper.
"Cilakak!" aku keluh perlahan. Jam dah 8.50 malam. Sebelum pukul 9 malam kalau aku tak masuk prep, memang makan libasan rotan Cikgu Zaidi la gamaknya. Dia tu dah la hari-hari main badminton. Sedikit sebanyak membantu pergerakan tangan beliau sewaktu menghayun rotan yang sebesar pemeluk tu. Aku tengok keliling dorm. Tinggal aku dan Ayam je. Aku sambung cari buku.

Tengah sibuk cari buku, tetiba aku terdengar bunyi piano. Sayup-sayup je.

"Aik? Mana pulak datangnya bunyi piano ni? Setahu aku salam asrama ni takde pun piano.", getus hati aku. Aku pandang Ayam yang masih bersiap.

"Yam, ko dengar tak?" tanya aku pada Ayam.
"Apa? Dengar apa?" katanya.
"Cuba ko dengar. Kan ada bunyi piano." jawab aku sambil menutup pintu loker.

Ayam memakukan diri sambil memasang telinga. Matanya memandang keliling. Sekali lagi bunyi piano kedengaran.

"Eh, yela. Dari mana bunyi piano ni?" kata Ayam dengan riak wajahnya yang seakan-akan Will Smith. Kami keluar dari dorm dan berdiri di koridor dengan tangan mencekak pinggang. Gaya kami dah macam sub-kontraktor sedang ukur jalan. Kami amati alunan piano itu dengan berhati-hati dan kami dapati ianya datang dari bangunan sekolah.

"Gelap je sekolah." kata aku. Ya, memang betul. Seluruh sekolah gelap gelita. Satu titik cahaya pun takda. Kelip-kelip pun takda. Apatah lagi lampu spotlight. Kalau ada pun hanya biasan daripada lampu kereta yang lalu lalang di depan sekolah.

Alunan musik piano makin kuat kedengaran sedikit demi sedikit. Kalau ada pun orang main piano di sekolah, di mana piano tu disimpan? Sepanjang hampir dua tahun lebih aku bersekolah kat sini, tak pernah nampak orang main piano kat sekolah. Lepas tu baru aku teringat. Dulu ada budak bagitahu aku, ada piano lama tersimpan kat bilik pengawas. Takda siapa nak bela piano tu. Sebab tu ianya terbiar di bilik pengawas. Ada yang kata piano tu sememangnya dah ada dari zaman Inggeris menjajah Tanah Melayu. Lagipun sekolah aku ni bekas hospital British masa zaman dulu-dulu. Jadi ini menguatkan tanggapan aku tentang kewujudan piano lama tu.

Bulu roma aku dah meremang. Aku pandang Ayam, Ayam pandang aku. Sama-sama muka kejang kepucatan dan tanpa buang banyak masa, kami pun.........LARIIIIIIIIIII!!!! Serentak lari. Macam masing-masing faham je.

********

Esok pagi waktu berjalan ke sekolah, aku berjalan di hadapan bangunan sekolah yang menempatkan bilik pengawas di tingkat atas. Sambil berjalan aku memandang bilik pengawas dan aku terfikir, siapa yang main piano dalam gelap kat situ malam tadi.

3.11.10

Entri Pre-Seram

Oh, aku ada cerita seram. Nanti lah aku cerita. Aku nak berak.

Err...mungkin cibir.

Tak bleh tahan.

2.11.10

Amuk

Salam.

Sejak dua menjak tiga menjak dan empat menjak ni, aku malas pula nak ke kantor( tak main la ofis ). Bangun punyalah awal tapi lepas subuh dan mengaji, mesti sambung tidur. Kononnya nak tidur-tidur ayam la. Sekali, nah! Tidur kaw-kaw kudis buta punya. Buta pun tak kudis kaw-kaw la. Kalau dah bangun tu, faham-faham saja la. Mula la nak cuci muka( sebelum subuh sudah mandi, kenapa mahu mandi lagi kan? cuci saja la ), buang tahi mata keras, sikat rambut belah tepi, pakai deodorent dan gosok baju( oh, alangkah indahnya kalau sudah berbini. tak perlu gosok, tinggal pakai je. oh sang isteri, marilah datang meminang aku ni. ). Semua tu dilakukan secara separa pantas, skema dan penuh dedikasi. Ini gaya pemuda separuh kampung dan separuh metroseksual yang berkuli dengan gaji berbayar sebulan sekali.

Lepas siap sedia dengan kacak dan segak, masa untuk mengganggu ketenteraman anak-anak buah aku yang sedang khusyuk menonton 'Dibo Si Naga Hadiah'. Antara acara yang selalu aku buat ialah curi bantal Caca, picit hidung Ayan, rampas susu Caca, tepuk tapak kaki Ayan, ramas rambut Caca sampai kusut dan main mulut Ayan( nampak macam tengah bercakap ). Lepas puas membuat onar dan salam mak abah, aku terus merempit ke kantor dengan kelajuan cahaya.

******

Straight to the point.

Hari ni ada orang amuk kat kantor - dalam bilik pengurus. Nasib baik tak terbalik kerusi, meja, almari, kucing, pasu bunga dan makcik cleaner. Itu pun dah cukup memberikan petanda bahawa kantor ini bakal mencetuskan peperangan dingin tak lama lagi. Kemudian gencatan senjata akan berlaku dan rundingan damai bakal diadakan bagi memeterai perjanjian persis perjanjian antara Israel dan Palestin yang seringkali di langgar lari.

31.10.10

Budak (1)

Tengahari tu aku makin tak tenang. Baring ke kanan macam tak kena. Ke kiri pun tak kena. Melentang, melintang, meniarap, tertiarap, ditiarap....semua tak kena. Tangan duk garu sana dan sini. Semua tempat gatal. Rambut, siku, lengan, leher, kaki, jari....tangan aku pun dah naik letih menggaru. Nak kata aku gian dadah, tak juga pasal aku mana kenal dadah tu mende. Lagipun itu jam aku masih freshie dengan dunia yang penuh dengan onak dan duri serta penuh dengan tipu helah ni. Budak comel macam aku ni tak dilarang buat benda-benda tak elok dan berpeleseran tak tentu hala.

Aku tengok jam dinding sudah hampir pukul 1.30 petang. Siaran berita kat tivi tiga aku tak endahkan. Kalau aku layan pun bukan boleh jadikan aku kanak-kanak paling bijak kat dunia ni. Aku tengok keliling. Dari siling ke lantai sampai ke tombol kunci. Kelihatan seekor cicak yang sedang pulang menoreh. Aku tenung tajam. Cicak tu terus mencicit laju sambil muka cuak.

"Heh", getus aku sambil senyum senget.

Tiba-tiba kedengaran suara nyaring mak aku dari dapur.

"Yus! Makan!"

Aku hanya diam lalu bangkit terus ke dapur. Sampai dapur, bau enak kari terus menerjah lubang kumis. Fuh! Feveret. Perut terus keroncong kencang. Aku tengok adik aku dah sedia memegang pinggan. Tengok muka pun dah tau lapar tahap kebulur.

27.10.10

Karikatur (1)

Salam.

Seperti yang dah aku janjikan, karikatur pertama yang aku buat selama 26 tahun ni. Ini dia.
gambar asal

setelah dikarikatur

Terima kasih kat pengantin yang juga merangkap sahabat baik aku sejak kami belum lahir lagi. Kepada Encik Syarafi dan isteri, Puan Nasrah @ Nasya, Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia sampai akhirat. Anda berdua memang dua cocok dan sepadan.

=D

26.10.10

Boleh cemburu tak?

Salam.

Boleh tak aku cemburu dengan bakat orang yang lagi tere melukis? Aku rasa tercabar ni. Sikit hari lagi aku nak hebat sikit depan dia.

Aku ada buat satu karikatur untuk pertama kalinya. Nanti aku pos dalam ini blog. Cantik atau tak, itu nombor selepas nombor satu. Tunggu.

Bulan Mati

Salam.

Bulan Oktober adalah bulan berehat bagi kuli-kuli buku teks kat ofis ni terutamanya budak-budak second phase macam aku ni. Setelah hampir 3 bulan lebih aku tak cukup tidur, mata bengkak, rambut kusut serabai macam budak terbiar, tangan jadi kejang, urat otak banyak menegang sampai klimaks melampau dan tulang vetebrata kurang centre akibat duduk lama sangat, aku baru bebas. Ya untuk Yakult. Ya, BEBAS! Muahahaha!!!
..
..
..
..
..
Bebas la sangat. Baru nak hore-hore, baru nak menghirup udara segar, baru nak terbang persis ulat beluncas yang baru berubah menjadi rama-rama, dah dapat task baru. Kaki sudah kena pasung. Tangan sudah kena pegang pensel dan kertas semula. Peluh mula timbul sedikit demi sedikit. Aku menghela nafas separa sangkut sambil menyapu peluh di dahi. Tanpa membuang masa lagi, aku memegang mouse sambil menekan-nekannya sehingga azan subuh 3 hari kemudian.

21.3.10

Kita

Salam.

Ada sesetengah perkara yang boleh membuatkan kita sebagai manusia terasa muak. Fikiran pun kacau. Jiwa tak tentu arah. Kadangkalanya, aku teringin nak pakai penumbuk aku ni. Tidaklah besar sangat saiznya tapi apa ada pada saiz kalau kita sudah ada kemampuan dan keberanian. Contohnya macam Hitler yang menggegarkan dunia walaupun bersaiz kecil.

Perkara lama diulang-ulang untuk menarik mata perhatian kita, tak kira macamana pun rupa sesuatu hal itu. Dulu ia mungkin benar akan kesahihannya. Dua kali, mungkin benar lagi. Kali ketiga, rasa ragu-ragu datang meyakinkan hati. Kita perlu siasat dan selidik untuk medapatkan kepastian. Namun untuk kali ini, aku dah mula rasa bosan walaupun ada juga rasa ingin tahu kebenarannya. Adakah sengaja palsu? Lakonan? Cuba menyorok atau cuba melarikan diri? Sakit hati gak bila nak tau jawapannya. Tapi tanpa kita sedar, itulah yang kita mahu.

Macamana tak bengang. Tidur aku jadi tak lena. Walaupun yang keluar hanya nama, itu pun sudah cukup membuatkan aku terbuka mata. Nak tidur semula sudah susah. Jiwa makin kacau. Kepala jadi pening. Kaki terasa ringan. Agak-agak kalau keting aku ni keras macam titanium, mahunya aku sepak setiap pokok, tiang dan batang konkrit yang ada.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Permudahkanlah perjalanan hidup sehariannya.Permurahkanlah rezeki untuknya. Lapangkan dan lembutkanlah hatinya agar bisa menerima keimanan dan rahmat dari-Mu. Agar aku bisa mengabdikan diriku untuk-Mu selamanya. Amin.

Wassalam.

*jika tak faham boleh bertanya.

9.3.10

Antara dua.

Ada satu masalah. Mana yang terbaik?

  • Menjaga hati orang lain lantas mengabaikan hati sendiri,
          atau
  • Menjaga hati sendiri dan pedulikan hati orang lain?
Bantuan / pendapat / cadangan anda adalah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

Orang Baru.

Salam.

Keluarga Sri Mahsuri dapat geng baru! Masing-masing seronok dan gembira. Masing-masing senyum memanjang dan gelak geli-geli. Aku pun sama; walaupun bukannya anak aku sendiri, tapi aku rasa lega, gembira dan seronok sekali dengan geng baru ini. Bangun pagi je dah teringat kat Kakny yang ada kat hospital.

"Macamana Kakny ek? Dah bersalin ke belum?" hati aku berkata-kata.

Aku teringat satu malam, beberapa hari sebelum Kakny masuk wad, kami- Abah, Mak, Abang Mamen, Kak Ita, Kakny dan aku memilih nama untuk geng baru. Siap dah ada list. Macam-macam nama yang keluar. Ada yang kelakar. Ada yang merepek. Ada yang mengarut. Semua gelak-gelak. Sampailah Abang Mamen dan aku memilih Fayyadh Aryan, Mak dan yang lain membuat gaya macam setuju. Gaya pelik pun ada sampai naik kening. Entah pape. Tapi terkejut gak bila dapat tahu yang Kakny betul-betul bubuh nama Fayyadh Aryan tu. Ingatkan nama lain. Haha!

Pukul 13:09 yang bertarikh 24 Februari 2010- Aku dapat satu sms. Dari Kakny. Apa isinya? "Syukur, ahli famili baru kami, baby boy, Fayyadh Aryan, 3.78 kg, borne 945 am. Trima kasih atas segala doa & sokongan yg dberikan oleh famili, rakan2. Kami amat2 menghargainya!" Apa daa typing. Siap ada error. Tapi, apa aku pedulik. Yang penting, hal penting dah selamat. Aku happy. Semua happy.

Oh ye. Tolong ingat nama ni ya- FAYYADH ARYAN. My new nephew.

5.1.10

Mula

salam.

aku dah nampak apa yang perlu dilakukan untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. apa langkah-langkah yang penting yang perlu diambil. terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah/sedang menyedarkan aku. aku tak tahu nak membalas budi kalian. Allah saja yang mampu membalasnya dan seharapnya, kalian diberi manfaat, naungan & manfaat olehNya di dunia dan di akhirat.

aku juga berharap Allah akan menolong dan memudahkan segala pekerjaan yang telah/ sedang / akan aku lakukan. minta-minta dijauhkan diri yang kecil ini dari segala hal kemungkaran dan kekejian oleh Allah.

aku mahu berubah.