30.7.09

Oh Tanahairku!

salam

belum habis pisang kat tangan nak makan pisang yang lain. gelojoh nak mampus. dah la pisang busuk. boleh mudarat 1 badan. makin terberak-berakla kita. kalau duduk satu gerabak LRT yang penuh, semua orang dalam tu boleh tau. bau bai. sekarang macamana? takkan nak pakai pampers je. dahla orang dah tau yang kita ni berak-berak. pakai pampers pulak tu. lagi la malu. apa la encik Malaysia ni. harap muka je kacak, tapi perangai macam lembu. berak sana. berak sini. pandai-pandaila encik Malaysia nak berubat. makan julap ke. cari doktor ke. cari tabib ke. yang penting, jangan calit taik dekat orang lain. aku taknak kawan.

sekian,
terima selipar Crocs.

29.7.09

Hari Menuntut Bela.

pada pukul 2 petang di tarikh keramat 1 Onggos nanti, bakal berlangsung senaman bebas di sepanjang jalan antara Sogos, Mesjid dan Sapar Nesi ke Vistana Viagara. pelbagai acara yang bakal berlangsung diantaranya main baling-baling, tendang sampai lepas, hayunan tangan kosong dan lari beratus meter.

dikatakan banyak kontinjen sukan ternama bakal menyertai senaman bebas ini seperti kontinjen dari eFaRyU yang terkenal dalam acara tembak gas pemedih mata siapa paling jauh dan pukul orang pakai belantan sampai lembik. kontinjen OTEK juga dikatakan bakal menyertai yang dimana ramai atletnya memegang rekod acara rasuah dibawah meja, rasuah dijalanraya dan rasuah diselit di buku saman. penganjur menggangarkan lebih kurang 100,000 atlet yang bakal menyertai senaman bebas ini.

senaman bebas ini bakal berlangsung selama setengah hari dan menurut penganjur, mungkin akan berterusan selama sebulan jika sambutan yang diterima dari orang ramai menggalakkan. penganjur berharap agar orang ramai turut menyertai dan memeriahkan lagi senaman ini. jangan malu dan segan. jika segan, ajak sekali ketua kampung, adun, jiran setempat, pemandu bas dan mat rempit yang mati segan hidup tak mau tu pada hari tersebut.

sekian, terima kasut<-- ihsan dari orangjahat.

28.7.09

Maling

satu malam, aku main game winning eleven dalam ps2 sorang-sorang. start dari pukul 12 lebih memandangkan kaum kerabat lain sudah tidur awal. adik aku pun ntah merayap ke mana. abang ipar aku pun belum balik lagi. misi hari ni ialah nak balas dendam game semalam loser gila nak mampus. apa hal ntah. ini malam aku tekun menenyeh punat joistik dengan harapan boleh 'up' skil.

jam baru pukul 2 lebih. tapi mata dah mula berat. apa barang! baru berapa game. mula-mula ingat nak tutup, tapi kedegilan dan kesungguhan jari jemari ini mengalahkan segalanya. aku main sampai pukul 3 lebih. aku dengar bunyi motor. tapi aku tak bangun sebab aku tau itu adik aku. bunyi motor pun aku boleh tau mat rempit ataupun gadis tau. adik aku sampai terus masuk bilik. aku pun sambung pertarungan tanpa sudahnya tu.

pukul 4, aku dengar pintu rumah dibuka. aku cuma pasang telinga je sambil mata dan jari duk tumpu pada skrin tivi dan punat joistik. tapi tak lama tu aku 'pause' sekejap dan berfikir.

"Eh, apsal takde orang masuk? kalau abang Fuzi(ipar) bukak, mesti ada bunyi orang capai kunci."

aku bangkit menjenguk dan nah! maling dengan pakai topeng putih ala-ala Zorro berbaju hitam tengah menjengahkan kepala. aku apa lagi, kaget dan terkesima tanpa had secara tiba-tiba. aku capai kayu selebar stik drum mengetuk meja sambil menjerit "HOI!!!!" tanpa henti(apa ke jadah ntah aku buat macam tu). sengal kan?

maling hilang, mak abah dengan kakak aku pun keluar bilik dengan muka mamai.

"Apasal?"
"Maling!" jawab aku.

kayu dah patah pun aku tak sedar. kelakar betul. tak lama tu aku rekrut adik aku keluar rumah dengan berbekalkan torchlight, kayu golf dan senduk kayu memasak mak aku yang sebesar pemukul bola kriket tu. duk keliling rumah dan semak mencari 'Zorro Putih' cilake tu. tapi tak jumpa. sumpah kalau jumpa balik, memang makan sendukla dia.

dekat sejam mencari, aku masuk rumah. minum air dan terus sambung main game winning eleven yang tertunda tadi sampai pagi. haha. sengal.

Kurus

pukul 3 lebih Ajun ajak minum cendol kat warung Wak Pelik. masing-masing dah lapar dan haus. aku dah terbayang rojak Wak Pelik. sedap ni kalau ratah. hari ni Ajun datang naik satria neo pinjaman adik kesayangan dia, Topek. dari rumah aku, kami meluncur macho dalam kereta hitam tersebut. keluar simpang, konar kiri dan terus.

"Aik? kata nak makan cendol. apasal terus?" aku tanya.
"Beli rokok sekejap." jawab Ajun sambil memegang stereng.
"Dari ko beli rokok, baik ko belanja aku makan cendol 2 mangkuk. lagi kenyang."

Ajun jawab apa entah. aku lupa. aku tibai lagi.

"Tak pun, ko belanja aku makan pisang best gak."

Ajun nak jawab, aku halang.

"Slow slow. baik punya nih."
"Baik apanya. mak budak dah ni. dah luwer." jawab Ajun.
"Mana ko tau? ko bukan kawin lagi." aku melawan.

tak sempat Ajun counter, kereta sudah jejak kedai acheh. dia pun keluar dari kereta terus ke dalam kedai dengan harapan dapat beli rokok. tengah aku lepak-lepak dalam kereta sambil tune siaran radio, ada satu gadis bawah umur lalu depan kereta. muka cun tapi badan dia langsing sangat. nak tegur 'face to face', aku pun pemalu orangnya. lalu aku pun tegur secara telepati.

"Hi dik. lawa baju. nak gi kedai ke?"
"Dik, kalau adik makan banyak-banyak dengan belajar rajin-rajin, abang datang pinang adik." tapi itu jam aku pun sudah kaya la. badan pun cukup solid. sejajar dengan kekayaan duniawi dan ukhrawi.

tapi adik tu blah tanpa tinggalkan sebarang respon. mana tak blah, aku pun tegur pakai telepati je. tak lama tu, Ajun pun sudah sampai. aku sambung balik.

"Ko tengok tu. hisap rokok mesti kena bukak tingkap. kalau makan pisang kan tak payah bukak tingkap. makan dalam ekon pun boleh." aku smash satu kali.
"Dalam ekon pon boleh makan rokok apa." Ajun ketis ntahpape dia punya ayat.

satu kali dia tekan pedal minyak, masuk gear 3, tak sempat masuk gear 4, sudah sampai warung Wak Pelik. kepala sudah panas matahari. dah la parking senget dalam carwash tu..

"Apsal parking sini? nanti bos dia marah dol."
"Aku nak basuh kereta sekali la."

tak sempat duduk lagi, aku sudah order cendol. serret punya pasal. tak tahan beb. petang tu kami tibai 2 mangkuk cendol dan 2 pinggan rojak sampai Asar.

hidung

salam.

di sini ada persoalan. kenapa deria pernafasan wanita menjadi lebih sensitif ketika hamil? adakah kerana kepekatan mukus atau rongga -rongga hidung menjadi besar akibat tusukan ulat resdung yang rakus tu? mungkinkah kerana selera nafsu makan mereka yang terlalu aktif? pelik ye kaum hawa ni. sila beri pendapat dan pandangan anda yang boleh dikongsi bersama.

sekian.

23.7.09

Demo


salam.

di sini saya postkan upcoming demonstrasi yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini. saya harap para pembaca blog ini akan turut serta dalam demonstrasi ini. jika niatnya betul, insyaAllah keselamatan kita akan terjamin. kita perlu yakin & hilangkan rasa takut untuk sertai demo ini. moga kita bertemu pada hari itu. Takbirrrr!!!!! AllahuAkhbar!!!

16.7.09

Semalam dan hari ini.

salam.

semalam boleh dikira hari bertuah jugakla. dari pagi sampai ke malamnya. berikut adalah kisah-kisah yang sempat berlaku pada semalam:
  1. (pagi) merempit ke subang dengan pantas dan bergaya tanpa terlibat dengan eksiden dengan mana-mana makhluk. aku dah perasan macam rossi jawa je.
  2. (tengahari) dibelanja makan tengahari oleh client(abg ayob). kenyang beb!
  3. balik makan, sampai opis client dan turun kereta, aku perasan ade orang dalam kereta sebelah. rupa-rupanya 3 orang gadis cun. aku jalan sikit dan sempat toleh ke belakang. salah sorang daripada 3 gadis tu melambai tangan(tata) kat aku sambil tersenyum manis. aku pun membalas senyuman tersebut. wah, romantisnya~
  4. (petang) tengok Transformers: revenge of the fallen. AAAAAAAA....teruja, seronot, sedih, geli aku tengok cerita ni. manyak syok wooo!! rasa mau tengok lagi. kan bagus kalau aku ada Ironhide sendiri. boleh lanyak kereta otek.
  5. (malam) tengok Public Enemies. syok! hampir menyerupai cerita The Untouchable. banyak tembak-tembak, darah sana sini, siap pecah perut & kepala. peh! siapa yang ahli gengster @ yang suka cerita gengster, kena tonton bersama ketua kampung anda. jangan lupa bawak pistol. kot-kot keluar panggung terus nak praktikal ke.
  6. (tengah malam) tidur lena dengan perut yang kenyang. tapi tetap tak gemuk.

hari ini? sambung menaip esok...