31.5.09

31 Mei

salam.

sejarah sudah berlaku dihari yang panas terik ini. en. P sudah bertunang dengan cik Nas. ramai tetamu yang datang. sampai berpeluh ketiak, pusat dan sekitar perut nipisku. majlis lewat bermula. cadangnya mula pukul 2 lebih. namun, kelewatan en. P memunculkan diri beliau bersama sanak keluarganya mengundang tanda tanya dan kerisauan para tetamu, cik Nas dan kami(aku, Shahril & Arom) yang menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

kami tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul. eh, silap. en. P yang tak muncul. jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. hati sudah resah. badan sudah berpeluh. perut makin berkeroncong rock 'n' roll. sambil mata coklatku menonton siri cereka sinetron 'Intan'. pisang goreng sudah habis ditelan Shahril. keledek goreng hanya tinggal kerak. air teh dicawan tinggal beberapa hirup sahaja. dalam hati,

" mana P ni? lambat sungguh. jangan tiru aku la ".
" mana P? " aku tanya Shahril.
" entah. " jawab Shahril sambil tangannya mencapai Nokia cap ayamnya yang berwarna biru. apa entah yang ditekannya. kemudian,

" kat mana? on the way? ok ok. kitorang tengah minum ni. tunggu ko la. kuari? ok ok. "
" P? " tanya ku.
" a'ah. dia tengah on the way ke sini. dia suruh kita tunggu kat kuari dekat dengan rumah Nas. " jawab Shahril dengan selamba sambil matanya melihat artikel hiburan murahan tentang artis Malaysia. kuari? mana pula datangnya kuari kat meru ni? owh. mungkin kilang pasir yang dimaksudkan.

" tengok ni. " sambung Shahril sambil muncungnya diarahkan ke artikel tersebut.
" biasa la tu. rakyat Malaysia kan suka cerita-cerita macam tu. " sindirku. fikiranku melayang sebentar membayangkan ayam masak merah dirumah cik Nas sambil menelan air liur beberapa kali. tak boleh jadi ni. aku habiskan sisa-sisa minuman yang ada.

" jom gerak! " kataku. Arom dan Shahril menghabiskan minuman. kami bangkit menuju ke kaunter bayaran.

" teh 'o' ais 2... teh tarik 1... kuih 4."
" 3 ringgit 20 sen. "
" 20 sen ye? " jawabku sambil mencari 20 sen dipoket. aiseh! takde la pulak. aku hulurkan 10 ringgit dengan 3 ringgit dimasukkan kembali ke dalam dompet. brader tu belek duit syiling.

" takpe la. " kata brader tu sambil menadahkan tapak tangannya ke dompet aku. aku tersenyum dan memberinya 3 ringgit tadi.


akan bersambung....

25.5.09

mimpi

salam.

mimpi ngeri datang lagi. aku takut nak hadapinya. mimpi diilhamkan dari kisah silam. aduh!

dah berapa kali dah ni. asyik datang je. let past be the past la. awat datang menyibuk lagi? setan ni. suka sangat mengganggu manusia. nyah kau ke neraka jahanam! biar kau dibakar api yang menjulang tinggi. setan punya setan.

ah! layan spongebob lagi best.

22.5.09

fikir.

salam.

fikiran tak tenteram.
jiwa tak tenang.
hati resah.
poket makin kering.

ada kerja cook kat restoran.
kawan yang ajak.
hati berbelah bagi.
nak terima ke tak nak?
macamana dengan job sekarang?
poket makin kering.

sekarang sudah jadi wedding seeker.
mau jual servis photo shoot.
tapi...kamera........takde.
tak nak nak pinjam orang punya.
nak beli kamera sendiri.
tapi...duit takde.
perlu berbincang dengan seseorang.
poket makin kering.

perut lapar.
poket makin kering.
layan metallica lagi best!

14.5.09

Selamat Hari Ibu


salam.


walaupun dah terlambat, aku nak ucapkan gak. "Selamat Hari Ibu, mak." takde apa-apa hadiah pun yang boleh aku bagi kecuali potret nih. hehe. agak-agaknya, sama tak dengan muka mak aku?

12.5.09

Akhirnya...

salam.

akhirnya Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jadi MB Perak semula. syukur alhamdulillah. telus juga undang-undang di Malaysia ye? lagi berita penuh di Harakahdaily.net.

p/s: pokok demokrasi macamana pula?



selamat!

10.5.09

mari melukis II

gambar sebenar

Adik Anis




Ain Atilia


salam.

post kali ini adalah sambungan post saya terdahulu yakni, mari melukis. saya akan post potret digital anak buah saya iaitu Ain Atilia dan seorang budak comel yang nakal- Adik Anis- adik kepada tunang sahabat saya. mungkin tidaklah terlalu sama dengan gambar yang ditiru. namun saya cuba sebaik mungkin. tiada manusia yang sempurna kan? kedua-dua potret digital hanya latihan yang diisi di masa lapang. selamat menonton.