31.5.09

31 Mei

salam.

sejarah sudah berlaku dihari yang panas terik ini. en. P sudah bertunang dengan cik Nas. ramai tetamu yang datang. sampai berpeluh ketiak, pusat dan sekitar perut nipisku. majlis lewat bermula. cadangnya mula pukul 2 lebih. namun, kelewatan en. P memunculkan diri beliau bersama sanak keluarganya mengundang tanda tanya dan kerisauan para tetamu, cik Nas dan kami(aku, Shahril & Arom) yang menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

kami tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul. eh, silap. en. P yang tak muncul. jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. hati sudah resah. badan sudah berpeluh. perut makin berkeroncong rock 'n' roll. sambil mata coklatku menonton siri cereka sinetron 'Intan'. pisang goreng sudah habis ditelan Shahril. keledek goreng hanya tinggal kerak. air teh dicawan tinggal beberapa hirup sahaja. dalam hati,

" mana P ni? lambat sungguh. jangan tiru aku la ".
" mana P? " aku tanya Shahril.
" entah. " jawab Shahril sambil tangannya mencapai Nokia cap ayamnya yang berwarna biru. apa entah yang ditekannya. kemudian,

" kat mana? on the way? ok ok. kitorang tengah minum ni. tunggu ko la. kuari? ok ok. "
" P? " tanya ku.
" a'ah. dia tengah on the way ke sini. dia suruh kita tunggu kat kuari dekat dengan rumah Nas. " jawab Shahril dengan selamba sambil matanya melihat artikel hiburan murahan tentang artis Malaysia. kuari? mana pula datangnya kuari kat meru ni? owh. mungkin kilang pasir yang dimaksudkan.

" tengok ni. " sambung Shahril sambil muncungnya diarahkan ke artikel tersebut.
" biasa la tu. rakyat Malaysia kan suka cerita-cerita macam tu. " sindirku. fikiranku melayang sebentar membayangkan ayam masak merah dirumah cik Nas sambil menelan air liur beberapa kali. tak boleh jadi ni. aku habiskan sisa-sisa minuman yang ada.

" jom gerak! " kataku. Arom dan Shahril menghabiskan minuman. kami bangkit menuju ke kaunter bayaran.

" teh 'o' ais 2... teh tarik 1... kuih 4."
" 3 ringgit 20 sen. "
" 20 sen ye? " jawabku sambil mencari 20 sen dipoket. aiseh! takde la pulak. aku hulurkan 10 ringgit dengan 3 ringgit dimasukkan kembali ke dalam dompet. brader tu belek duit syiling.

" takpe la. " kata brader tu sambil menadahkan tapak tangannya ke dompet aku. aku tersenyum dan memberinya 3 ringgit tadi.


akan bersambung....

3 comments:

rina, isteri Sakurai Sho said...

waw.. mcm baca novel remaja.

*aku dah add kau

nasya naim said...

::best ayat2 ko ni..tercipta sejarah tu..hahahha::

Kurusdopoulous said...

isteri sho:
nak jelek ke terharu? hehe. terima kasih master.

tunang p:
hehehe. baru pasang niat nak jadi penulis. manalah tau besok2 keluar novel. hehe.