24.11.10

Ramona-ku.

Salam.

Sejak beberapa hari ni, aku terlalu inginkan mendengar lagu dendangan Beck ini:

Ramona

Here we go, 1 2 3 4

There's nothing left to hide

You can see it in my eyes
Oh I've tried to be who I thought you wanted

And if it's all a lie

The truth's not far behind
We could try to live right for the moment

Ramona

Ramona
Ramona

If only I had known

It's less than what I felt
Why should I have nothing to fear from?

Ramona

Ramona
Ramona

Ramona

Ramona
Ramona
Ramona
Ramona
Ramona



Mungkinkah keinginan yang timbul ini datangnya dari mata seorang gadis ini?


Ehem!

Ya, aku pasti. Dan nanti akan datang satu video dimana aku bermain gitar sambil menyanyikan lagu ini dengan sedikit ubahan pada liriknya. Dia tahu dan tersenyum ketika ini hingga selamanya. Dia, Ramona-ku.

12.11.10

Nanti

Salam

Lewat pagi tu, Muaz sedang cuba menjawab soalan-soalan ujian minda yang aku berikan padanya.

"Abi, apa jawapan untuk soalan nih?" tanya Muaz kepada aku.

Muaz memandang aku dengan penuh tanda tanya sambil mengerut dahi dan menggaru kepala untuk mendapatkan kepastian. Holography touchscreen yang memaparkan bacaan berita dari Harakah aku hidekan seketika. Pandangan aku terus ke arah kertas yang dipegang Muaz.

Aku turut mengerutkan dahi seperti Muaz. Tangan kanan mengurut janggut sepanjang 10 sentimeter dengan perlahan-lahan.

"Abi tak tahu lah Muaz. Cuba pi tanya ummi. Abi rasa ummi tahu." jawab aku perlahan.

Muaz terus berlari anak ke dapur mencari umminya.

"Ummi! Ummi!" panggil Muaz setelah melihat susuk tubuh seorang wanita yang berumur lewat 20-an sedang memotong lobak untuk dijadikan tomyam untuk santapan tengahari nanti. Beliau sememangnya tahu suami dan anaknya amat meminati tomyam apatah lagi tomyam dari hasil tangannya yang terkenal dengan rasa keenakkan dan kepedasan tahap raksasa gorgon itu.

"Ye Muaz? Ada apa sayang?" jawab wanita itu perlahan sambil menguntumkan senyuman manis. Matanya menyepet secara semulajadi apabila senyum. Seperti mahu nangis, amat comel sekali.

"Apa jawapan untuk soalan ni ummi? Abi kata ummi tahu jawapannya." tanya anak kecil itu sambil menghulurkan kertas yang dipegang.

Wanita itu membaca soalan itu yang bertulis ini:

'Apakah hobi dan berapakah saiz kasut Shahir AF8?'


Riak wajah wanita itu terus berubah. Dahi di kerut dan bibir diketap rapat. Kemudian beliau menjerit,

"ABANGGGGG!!!!"

8.11.10

Hamster

Salam.

salah seekor hamster yang berjaya ditangkap.

Pemberitahuan. Kantor sudah menjadi tempat para hamster berkumpul, mengganas dan memporak-perandakan suasana bekerja di setiap sudut, celah dan tempat. Riot yang dicetuskan cukup membimbangkan ramai pengkaji-pengkaji politik dan sosio-ekonomi negara ini yang rata-rata berpendapat kejadian yang berlaku ada kaitannya dengan hibernasi haiwan yang bakal ditempuhi beberapa bulan lagi. Krew wartawan yang membuat liputan mengenai hal ini mendapati, banyak kuaci telah menjadi korban kerakusan hamster-hamster yang terbiar ini. Kulit kuaci kelihatan bertaburan di merata tempat tanpa ada siapa yang mengutip dan memasukkan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Mereka berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika tidak mahu kejadian ini berlarutan hingga tiada siapa yang mahu ambil peduli.

"Hilang kaki, terpijak bom,
hilang kasut, beli yang baru."

Saya, Karam Kapal Ditengah Laut melaporkan untuk TV86.

4.11.10

Dulu Yang Seram


"Assalamualaikum warohmatullah."
"Assalamualaikum warohmatullah."

Ustaz yang juga imam menamatkan solat isya' pada malam itu dengan penuh tertib. Diikuti kami- makmum yang berada dibelakang. Setelah beristighfar, berwirid dan berdoa, kami naik ke dorm masing-masing bersiap untuk prep di dewan makan. Malam ni kami dimaklumkan oleh warden supaya prep di dewan makan sahaja. Tidak dinyatakan pula kenapa. Selalunya kami ditempatkan di kelas-kelas di sekolah. Aku dalam diam merasa tidak setuju dengan tindakan warden ini. Belajar beramai-ramai dalam dewan makan yang tidak sebesar mana boleh merimaskan badan dan menyesakkan minda murni kami yang bijak-bijak belaka ini.

"Apek, sikat mana sikat?"

Tanya aku pada Apek yang sedang memilih buku untuk dibawa bersama. Terselit bersama komik rebutan kami satu asrama iaitu Dragon Ball. Ya, kami memang cukup histeria dengan komik-komik bersiri macamni termasuklah Pendekar Laut, Jejak Wira, Dr. Slump dan juga Alam Perwira. Oh ya, juga majalah Mastika. Tidak lupa juga bahan-bahan lain seperti ini- bekalan makanan dan lauk budak lain yang dibekalkan oleh mak-mak diorang setiap hujung minggu, rokok member, cerita porno melayu( opsss... ), cd wrestling WWF yang ada tunjuk match Mick Foley a.k.a. Mankind dan Cactus Jack( ini orang kalau gaduh, memang sampai keluar darah dan cedera melampau ) dan nombor telefon serta surat cinta awek-awek sekolah lain( yang ni memang aku yang jadi penulis surat tetap member-member yang nak bercinta ).

"Nah!" Apek hulur sikat tanpa jeling aku seinci pun. Aku jarang sikat rambut tapi kalau dah sikat tu maknanya mood belajar aku dah sampai tahap bersemangat lima kali ganda daripada biasa. Habis sikat rambut, aku ke loker untuk ambil buku. Aku tengok Apek dan Ceper dah ready nak keluar dorm.

"Oi! Tunggu la weh.", jerit aku.
"Lambat tinggal!" balas Ceper.
"Cilakak!" aku keluh perlahan. Jam dah 8.50 malam. Sebelum pukul 9 malam kalau aku tak masuk prep, memang makan libasan rotan Cikgu Zaidi la gamaknya. Dia tu dah la hari-hari main badminton. Sedikit sebanyak membantu pergerakan tangan beliau sewaktu menghayun rotan yang sebesar pemeluk tu. Aku tengok keliling dorm. Tinggal aku dan Ayam je. Aku sambung cari buku.

Tengah sibuk cari buku, tetiba aku terdengar bunyi piano. Sayup-sayup je.

"Aik? Mana pulak datangnya bunyi piano ni? Setahu aku salam asrama ni takde pun piano.", getus hati aku. Aku pandang Ayam yang masih bersiap.

"Yam, ko dengar tak?" tanya aku pada Ayam.
"Apa? Dengar apa?" katanya.
"Cuba ko dengar. Kan ada bunyi piano." jawab aku sambil menutup pintu loker.

Ayam memakukan diri sambil memasang telinga. Matanya memandang keliling. Sekali lagi bunyi piano kedengaran.

"Eh, yela. Dari mana bunyi piano ni?" kata Ayam dengan riak wajahnya yang seakan-akan Will Smith. Kami keluar dari dorm dan berdiri di koridor dengan tangan mencekak pinggang. Gaya kami dah macam sub-kontraktor sedang ukur jalan. Kami amati alunan piano itu dengan berhati-hati dan kami dapati ianya datang dari bangunan sekolah.

"Gelap je sekolah." kata aku. Ya, memang betul. Seluruh sekolah gelap gelita. Satu titik cahaya pun takda. Kelip-kelip pun takda. Apatah lagi lampu spotlight. Kalau ada pun hanya biasan daripada lampu kereta yang lalu lalang di depan sekolah.

Alunan musik piano makin kuat kedengaran sedikit demi sedikit. Kalau ada pun orang main piano di sekolah, di mana piano tu disimpan? Sepanjang hampir dua tahun lebih aku bersekolah kat sini, tak pernah nampak orang main piano kat sekolah. Lepas tu baru aku teringat. Dulu ada budak bagitahu aku, ada piano lama tersimpan kat bilik pengawas. Takda siapa nak bela piano tu. Sebab tu ianya terbiar di bilik pengawas. Ada yang kata piano tu sememangnya dah ada dari zaman Inggeris menjajah Tanah Melayu. Lagipun sekolah aku ni bekas hospital British masa zaman dulu-dulu. Jadi ini menguatkan tanggapan aku tentang kewujudan piano lama tu.

Bulu roma aku dah meremang. Aku pandang Ayam, Ayam pandang aku. Sama-sama muka kejang kepucatan dan tanpa buang banyak masa, kami pun.........LARIIIIIIIIIII!!!! Serentak lari. Macam masing-masing faham je.

********

Esok pagi waktu berjalan ke sekolah, aku berjalan di hadapan bangunan sekolah yang menempatkan bilik pengawas di tingkat atas. Sambil berjalan aku memandang bilik pengawas dan aku terfikir, siapa yang main piano dalam gelap kat situ malam tadi.

3.11.10

Entri Pre-Seram

Oh, aku ada cerita seram. Nanti lah aku cerita. Aku nak berak.

Err...mungkin cibir.

Tak bleh tahan.

2.11.10

Amuk

Salam.

Sejak dua menjak tiga menjak dan empat menjak ni, aku malas pula nak ke kantor( tak main la ofis ). Bangun punyalah awal tapi lepas subuh dan mengaji, mesti sambung tidur. Kononnya nak tidur-tidur ayam la. Sekali, nah! Tidur kaw-kaw kudis buta punya. Buta pun tak kudis kaw-kaw la. Kalau dah bangun tu, faham-faham saja la. Mula la nak cuci muka( sebelum subuh sudah mandi, kenapa mahu mandi lagi kan? cuci saja la ), buang tahi mata keras, sikat rambut belah tepi, pakai deodorent dan gosok baju( oh, alangkah indahnya kalau sudah berbini. tak perlu gosok, tinggal pakai je. oh sang isteri, marilah datang meminang aku ni. ). Semua tu dilakukan secara separa pantas, skema dan penuh dedikasi. Ini gaya pemuda separuh kampung dan separuh metroseksual yang berkuli dengan gaji berbayar sebulan sekali.

Lepas siap sedia dengan kacak dan segak, masa untuk mengganggu ketenteraman anak-anak buah aku yang sedang khusyuk menonton 'Dibo Si Naga Hadiah'. Antara acara yang selalu aku buat ialah curi bantal Caca, picit hidung Ayan, rampas susu Caca, tepuk tapak kaki Ayan, ramas rambut Caca sampai kusut dan main mulut Ayan( nampak macam tengah bercakap ). Lepas puas membuat onar dan salam mak abah, aku terus merempit ke kantor dengan kelajuan cahaya.

******

Straight to the point.

Hari ni ada orang amuk kat kantor - dalam bilik pengurus. Nasib baik tak terbalik kerusi, meja, almari, kucing, pasu bunga dan makcik cleaner. Itu pun dah cukup memberikan petanda bahawa kantor ini bakal mencetuskan peperangan dingin tak lama lagi. Kemudian gencatan senjata akan berlaku dan rundingan damai bakal diadakan bagi memeterai perjanjian persis perjanjian antara Israel dan Palestin yang seringkali di langgar lari.