9.6.09

mimpi II

salam.

mimpi-mimpi di hari ahad lepas memeningkan kepala. bermula ketika tidur selepas pulang muktamar di stadium, sebelum asar hingga tidur di malamnya. syaitan bijak mencipta ilusi yang bisa membuat manusia runsing dan gusar. tujuan tetap sama- untuk menyesatkan kaum adam. sialan.

pagi ahad, mimpi itu ditakdirkan bersambung-sambung ceritanya tatkala aku seringkali terjaga dari tidur. hangin satu badan. dah la mimpi serabut. asyik terjaga je. kurang ajar betul. bikin spoil satu hari.

lepas asar, balik dari kenduri rumah nonor(fajar), aku tidur(mengantuk akibat gangguan mimpi pagi tadi). tengok-tengok mimpi tu datang lagi. keparat! memang kerja syaitan. 2-3 kali aku terjaga. hasil petikan gitar elektrik adik aku menghangatkan lagi suasana. aku tengok jam dah pukul 6 lebih. aduih! tak boleh jadi. aku bangkit menuju ke tandas. wudhuk diambil. balik ke bilik lalu membentang sejadah untuk menunaikan solat asar. habis solat aku berfikir. mungkin Allah datangkan mimpi itu untuk kejutkan aku dari tidur kerna asar makin beransur pergi dan maghrib bakal menyusul.

malam itu, lagi pelik mimpi yang muncul. berbelit-belit. kalah cerita hindustan. kalah sinetron indonesia. kenapa datang ketika aku sedang tersepit diantara kehendak dunia dan kewajipan akhirat? sabar dipupuk dalam sanubari buat aku cekal hati. ah! merepek lagi.


*lapar nasik tengah-tengah malam ni.

1.6.09

teringat

salam.

tadi masa minum teh tarik sambil melantak roti salad di Along bersama en. P dan Shahril, aku terdengar celoteh pelanggan meja sebelah. tentang Jihad, Awie, skateboard. tiba-tiba salah seorang dari mereka bercerita tentang konsert Jom Heboh. lantas mengingatkan aku tentang kisah di Penanti.

BN kecut perut nak bertanding di Penanti. katanya, " membazirkan wang rakyat. " & " mahu tumpukan pilihanraya di Manik Urai ". hehe. asbab yang sangat mengarut. kenapa tak kata, " kami takut kalah lagi. " atau " kami pengecut. " kan lebih berterus terang. tapi rakyat tak bodoh macam dulu. kalau difikirkan dengan lebih mudah, mana lebih membazir, pilihanraya kecil @ konsert Jom Heboh yang menyebarkan maksiat tu?

err..tapi mungkin ada benarnya asbab BN tu. jika mereka bertanding di Penanti dan ditakdirkan kalah sekali lagi, sememangnya akan merugikan wang rakyat yang digunapakai ketika pilihanraya tersebut.

kesimpulannya.....lu pikirr la sendiri! Assalamualaikum!