25.12.11

:)



No, I get.....really.....too mad at you, but.....not.....you not.....have to say you...sorry because I get...I was...mad.

But I always love you.

*kiss*

:")

26.11.11

Babysitting di TGV

Taklah meletihkan rupanya menjaga 5 orang kanak-kanak ketika di luar kawasan kawalan aku seperti yang berlaku errr....bulan lepas rasanya....aku lupa bila. Aku bawa diorang pi tengok Real Steel


robot bertinju

di TGV Bukit Raja. Ini tiket-tiket kami ber-6 (5 kanak-kanak dan seorang remaja- hihi~).


Berbekalkan popcorn, nugget dan air, diorang semua jadi budak yang baik dan dengar kata. Semua duduk diam dan membuatkan aku tenang sambil menonton filem sehingga tamat. Keluar panggung, sambil menunggu akak aku amik diorang, aku sebagai pakcik yang hensem, belanja diorang aiskrim McD.

gumbira bukan main

Bagi aku ini praktikal aku untuk menghadapi keadaan masa akan datang. How to deal Muaz and otherssssss(ramainya) when we going somewhere. Nampaknya semua berjalan dengan lancar dan aku harap bila tiba masanya, semuanya baik-baik sahaja. Tak gitu cik D?

Ini lebih kurang re-post la.

Ingat lagi akan ini?
http://kurusdopoulous.blogspot.com/2010/11/ramona-ku.html

Well, aku dah lama aku berjanji dan sekarang baru tertunai janji tu. So, ini lah dia video cover song 'Ramona' yang aku mainkan dari filem Scott Pilgrim vs The World. Oh, by the way, aku dah ubah sikit chorusnya agar lebih sesuai lagu ini untuk kepada yang dituju,



cik hidung bulat. weeheeee!!!



Ini videonya. Jong jong jong!



ps: Kangen banget nih.

29.7.11

We'll be alright.

Salam.

Sewaktu berjalan ke bilik mandi, aku singgah di meja dapur; mengintai mak memandikan Fayyadh di paip luar. Entah kenapa aku syahdu melihat sinerama itu walaupun sebelum ni dah beratus juta kali aku nampak anak buah aku yang kecil mandi. Gelagat mereka(terutama Fayyadh) menghiburkan aku seketika. Terukir senyuman di bibir yang giginya masih belum digosok bersih dengan berus gigi. Sedikit sebanyak mententeramkan kegusaran dan kebimbangan yang melanda hati dan pemikiran aku sejak beberapa hari ni terutama malam tadi. Hanya kerana melihat kejadian ini, aku boleh merasa lega sedikit. Hebatnya 'jentikan' Allah Yang Maha Kuasa.

Dengan kuasa Allah juga, hari ni aku mendapat beberapa panggilan telefon dari beberapa syarikat yang menjemput menghadiri temuduga pada minggu depan. Alhamdulillah. Dengan keadaan syarikat ditempat aku bekerja sekarang yang agak terumbang ambing, Allah datangkan peluang kerja ditempat lain. Memang benar bahawa hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Takkan aku sia-siakan peluang yang diberi.

Bak kata Travie McCoy, "We'll be alright."

12.4.11

Beronggeng bersama Caca (2)

sambungan...

Jam menunjukkan 4 lebih. Petang yang panas-panas macamni memang sesuai duduk dalam kereta dan memandu dengan pasang aircond yang kuat. Caca masih steady makan pisang kat tengah-tengah ruang antara seat pilot dan co-pilot. Sesekali dia cuba menyanyi lagu Bruno Mars yang sedang berkumandang di radio kereta. Entah apa yang disebutnya pun aku pun tak faham tapi masih menghiburkan hati aku daripada aku dengar lagu asal kat radio tu. Asalkan ada bunyi.

Beberapa minit kemudian kitorang pun sampai kat ofis kakak aku. 'Free gear', tarik handbrake, tutup aircond dan radio. Last sekali matikan enjin. Tali pinggang keledar dah lama buka- sebelum masuk parking lagi. Ini skil orang-orang dah dekat 10 tahun punya memandu kereta. Bukan main-main. Budak kecik, budak baru nak amik lesen dinasihatkan jangan buat. Bahaya. Untuk brader-brader je yang boleh. Korang belajar dulu macamana nak kasi lepas klac lepas masuk gear 1.

Masuk ofis, kakak aku takda. Pekerja dia je yang ada. Dalam kepala, misi utama perlu diselesaikan segera- Internet Surfing. Wihuuuiiii! Caca aku setkan kat atas meja. Jangan bagi dia kacau tekan spacebar, huruf 'A', 'N' ataupun 'Q'. Budak lincah dan jenis banyak cakap macam dia ni memang rajin 'tolong' taip walaupun tak disuruh. Aku bagi dia main conteng-conteng kat kertas kosong dengan pen kaler-kaler. Sambil-sambil tu aku buka laman sesawang Domino pizza. Oleh kerana perut aku tak berisi makanan dari pagi, aku pun order dua pizza. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Caca.

********************

Selesai makan pizza, aku sambung mengadap pc. Tatkala sedang asyik mendelete emel, aku terhidu bau yang amat kurang menyenangkan. Terkial-kial mata dan hidung meliar mencari punca datangnya bau busuk tu. Check bawah meja, dalam tong sampah, bawah kerusi, tapak kaki; semuanya bukan punca. Aku pandang Caca. Dia buat-buat lukis tapak tangan. Sekali aku sound,

"Kakak yak ye?" tanya aku dengan tegas.

"Emm...kakak yak." jawab Caca dengan muka tak bersalah.

"Guano ni? Dah la tak bawak pampers dia ni." getus perasaan menyesal dalam hati aku. Yang pastinya, sepanjang perjalanan pulang nanti, aku terpaksa bernafas ikut mulut.

8.4.11

Beronggeng bersama Caca (1)

Salam.

Semalam dengan tiba-tiba, aku teringat akan satu perkara penting. Pensel di tangan diletak dengan segera dan aku segera bangkit dari kerusi. Dalam kepala hanya timbul satu benda sahaja; Kak N. Mata meliar ke kiri, kanan, depan & belakang mencari Kak N. Akhirnya mata tertumpu di meja berhadapan tiang besar dan bekas air subsidi yang diberikan oleh syarikat kepada kuli.

Aku bangkit dan menyegerakan langkah ke meja Kak N. Untuk mengenal beliau adalah bukan perkara yang sukar di opis aku. Dengan tubuh badan yang bulat, kiut dan dengan suaranya jika dia memanggil tanpa aku sempat menoleh pun dah boleh kenal. Hatta dengan bunyi tapak kakinya pun dah boleh tahu siapa yang berjalan.

"Kak", aku menegur.

Kak N menoleh tanpa sebarang bunyi.

"Hari ni 7 haribulan kan? Last day saya kerja kan?".

Kening beliau dinaikkan dan mimik wajah tanpa perasaannya pun berubah seraya berkata:

"Eh, yeke? Sekejap ye."

Tangan kanannya segera menyambar tetikus dan matanya terus tertumpu pada skrin pc lapuknya. Di klik sini, di klik sana, scroll atas, scroll bawah.

"Oh yelah. Hari ni awak last.", kata Kak N.

"Maknanya esok saya cuti la ek?".

"A'ah. Nanti hari Isnin awak masuk kerja balik macam biasa.", sambung beliau semula sambil tersenyum.

************

Hari ni aku ke bengkel Gemuk bersama Caca selepas selesai solat Jumaat. Sepatutnya kalau diikutkan rancangan asal, aku nak pergi seorang. Tapi memandangkan mak dan abah perlu ke Rawang untuk melawat keluarga saudara yang baru meninggal dunia, aku terpaksa membawa Caca sekali ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan beberapa perkara duniawi yang agak mustahak.

Selesai ke bengkel, kami ke bank dan terus ke opis kakak di Shah Alam.

"Kakak nak pisang?", tanya aku.

"NAK!!!", kata Caca dengan riak muka yang riang sambil senyum terangguk-angguk.

"Sebiji untuk kakak, sebiji untuk Pak Teh. Kan?", tanya aku dengan soalan seperti soalan teka teki.

"Emm!", jawab Caca sambil mengunyah pisang.

15.2.11

14 Februari


Apa yang ada pada 14 Februari? Ada apa-apa yang menarik ke pada tarikh tu?

Ala, korang pun tahu bila 14 Februari menjelang, pasti ada sambutan istimewa(istimewa katanya) yang digelar orang ramai sambutan Hari Valentine. Amende Hari Valentine ni? Ada ke dalam kalendar? Masuk cuti umum ke sambutan ni?

2 soalan terakhir tu tak penting. Soalan yang pertama tu yang perlu kita kaji, gali dan selidik jawapannya. Plus, wajar ke umat Islam di atas bumi ni menyambutnya? Jawapannya, berlambak. Aku nak cerita pun bukan pandai sangat. Korang boleh cari jawapannya kat internet, tanya orang-orang alim dan berilmu kat sekitar korang. Apa yang penting korang faham dengan jawapannya. Tahu tapi tak faham tak guna gak dop? Akhir sekali, tepuk dada, tanya iman.

She is Malay

Assalamualaikum.


Potret hitam putih terbaru yang di lakar pada awal pagi hari Khamis yang bertarikh 11 haribulan Februari 2011 yang lalu. Model adalah errr...thehehehehe...malu-malu. Masa yang diambil adalah lebih kurang 3-5 jam termasuk waktu solat fardhu subuh. Terima kasih pada Muhammad Haniff Khalid dan abang Khuzae sebab memberikan sedikit bantuan dan komen membina sewaktu proses pelakaran dijalankan.

Sekian, terima kasih

14.1.11

Totoro versus Usavich!

Sanggup aku menggadaikan 3 jam bengkel kerja untuk melukis benda alah ni:-





ilham dari karektor Totoro(My Neighbour Totoro) dan Kirenenko(Usavich). Aku gelarkannya TOTOVICH. Totovich, salam dengan semua orang. Bagus!

:D

12.1.11

Salah kah?

Salah kah jika kita berlaku jujur dengan pasangan kita semata-mata untuk berlaku adil dan menghormati dirinya yang mempunyai hak pada diri kita sendiri?

Salah kah jika kita jujur, sebenarnya kita mahu mentafsirkan sebahagian kasih sayang dan rasa cinta kita padanya adalah tanda penghargaan kita padanya yang mahu(ataupun telah) menerima kita seadanya tanpa rasa birokrasi, penindasan, keterpaksaan ataupun jelek dengan diri kita yang bukan sempurna ini?

Namun,

Salah kah jika kita beri si dia peluang dan ruang untuk menyesuaikan dirinya dalam perhubungan yang sudah terbina ini semata-mata kerana dia mencintai dan menyayangi kita sepenuh hati?

Salah kah kita cuba mengenali dirinya yang juga bukan sesempurna manusia seperti kita?

Salah kah kita jika bersabar dan belajar menghadam telatah / kerenah dirinya yang hanya seorang manusia biasa - yang tak terlepas melakukan kesilapan, yang ada perasaan marah, suka, sedih dan gembira, seperti kita sendiri?


Maafkan saya.

:(

~ ilyny ~

11.1.11

Aiseh!

Pagi dua haribulan Januari dua ribu sebelas tu aku jadi murung dan serba salah. Akhbar ditangan aku letakkan diatas meja. Dahi mulai berkerut, otak ligat berfikir dan jari pantas mengurut janggut yang sedang menebal dan mengurai panjang. Pandangan mata terus menatap salah satu ruangan berita di dada akhbar. Setiap ayat dibaca satu persatu dan diulangi semula beberapa kali.

"Huh!", aku mengeluh. Tak pernah tension sebegini rupa. Rupanya telatah aku diperhatikan Fahmi yang duduk bersebelahan aku.

"Apahal mengeluh? Macam kalah saham empat digit je.", dia cuba bertanya dengan gaya berseloroh.

"Entahlah. Kau baca lah sendiri.", kata aku sambil memuncungkan bibir ke arah akhbar tadi. Fahmi membelek akhbar dan membacanya secara berhati-hati.


Teh timbang berbahaya: Jabatan Kesihatan


2011/01/02

JELI: Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka. 

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya.
Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna. 

Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. 

Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK. 

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu. 
"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya. 

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya. 

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya. 

"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA







*******


Aku kembali duduk di kerusi dan pantas merenung jauh mengenang nasib sambil dalam hati berdetik,


"Esok, aku nak minum milo 'O' la."

10.1.11

So long my friend! (Bahagian 1)

Nasihat untuk kau. Kalau student-student kau kerek & banyak bunyi, aku sarankan kau seret diorang pakai motor Honda Wave kau sampai diorang hilang muka. Baru nampak Onizuka bro. 

Selamat berjaya wahai Encik Fahmi a.k.a. Lepazo.


*nampaknya aku sorang la pulun buku Sains. Botak aku!

8.1.11

5 a.m.

Sinanju versi jawa jepun.
 
Apa kejadah aku tak tidur lagi walaupun sudah bercinta pukul 1 pagi tadi? Pasal lukisan ni lah. Saja testing power berbattle dengan geng forum. Gila der! Tadi aku yang sound si dia jangan tidur lewat. Takut jadi panda jadian. Sekarang, aku lak yang dah macam panda kat hutan China. Dah. Cerita banyak pun tak guna. Ada baiknya aku tidur.

Zzzzzzz....

7.1.11

Kena beli

Demm!

Pagi-pagi lepas gosok baju dan selesai pakai seluar dalam tahun baru ni baru aku sedar, tali pinggang aku hilang. Aku saspek anak buah aku yang kidnap buat pakai pergi sekolah. Nampaknya terpaksalah aku buncitkan perut sementara ada tali pinggang baru. Cois!



*Hujung minggu ni aku kena beli tali pinggang baru beserta mangga berkunci.

2011

Salam.

Hari ni sudah masuk hari ketujuh dalam bulan Januari 2011. Setiap tahun juga pasti ramai orang rancang niat / azam / 'target' tertentu. Tapi perlu diselidik juga fungsi dan keperluan kita rancang benda-benda tu. Contohnya;

Tahun baru, azam baru? Azam lama dah tertunai ke? Tahun baru, hutang baru? Hutang lama dah berbayar ke? Tahun baru, kekasih baru? Kekasih lama apa cer? Tahun baru, bini baru? Bini lama dah sain kontrak ke? Tahun baru, kereta baru? Kereta lama dah habis setel ke? Tahun baru, kerja baru? Kerja lama tak menjamin masa depan?

Jadi fikirkan semula kenapa kita perlukan semua ini(sebagai contoh) dalam kehidupan kita pada setiap tahun baru. Perlu diingatkan bersama, semakin tahun baru menjelang, hari esok yang mendatang, setiap jam, minit dan detik masa yang bergerak, kita semakin hampir pada KEMATIAN. Jelasnya, akhirat jua sasaran sebenar kita. Padang mahsyar juga bakal kita jejaki. Syurga atau neraka(nauzubillah) bakal kita huni untuk selamanya. Sejauh mana diri kita pada Allah? Sebanyak mana bekalan yang kita nak bawa selepas mati nanti? Cukup ke jika nak dilihat daripada amalan-amalan yang kita lakukan setiap hari? Mana yang berat, dosa atau pahala?

Jadi, fikirkanlah kembali. Selamat menghadapi tahun baru 2011 yang bakal mencabar diri kita seharian nanti. :)