18.4.13

Robobit


Memperkenalkan watak sampingan dalam filem The Hobbit yang terpaksa diketepikan atas sebab-sebab tertentu; Encik Robobit. Senyum Encik Robobit.




*sambil dengar Jake the dog nyanyi "Baking pancakes" selama sejam.

28.6.12

Chua Soi Lek

sekadar gambar hiasan

Wanita yang terlalu dan selalu bersolek adalah wanita yang kurang yakin dengan kecantikan dirinya sendiri. Betul kah? Hmmmm.....

7.5.12

Hadiah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Suatu malam di kedai sate, seorang sahabat meminta aku melukiskan potret Mursyidul Am PAS  untuk diberikan kepada empunya potret itu sendiri pada malam minggu akan datang. Tanpa fikir panjang, aku pun terus setuju. Setelah berbincang sedikit sebanyak, aku start motor dan terus pulang ke rumah. Esoknya aku terus menggugel beberapa keping gambar beliau untuk dijadikan rujukan. 2 hari kemudian, siap juga potret yang dijanjikan. Walaupun kurang terperinci(dah malas nak detailkan lagi sebenarnya), tapi aku rasa puashati dengan final product. Harap-harapnya tuan guru menggemarkan potretnya.

************************************************************

Malam pemberian potret, aku tak sabar-sabar nak tengok hasil dalam bentuk cetak atas kanvas dan diframe kemas. Bila dah nak diberikan ke tuan guru, baru aku dapat tengok. Agak puas hati walaupun tak dapat belek lama kerana keadaan yang agak kelam(malam) dan kesuntukan masa. Ketika penyerahan ke tangan tuan guru, aku hanya berdiri dan melihat dari belakang orang. Sahabat yang memegang potret itu, memanggil untuk aku sendiri yang menyerahkannya kepada empunya diri. Tapi aku menolak kerana terlalu segan dengan diri tuan guru yang merupakan seorang ulama' ilmu tafsir terkenal dan juga ahli politik yang hebat. Aku hanya senyum dan menggelengkan kepala.

Ketika menerima potret tersebut, kedengaran tuan guru bertanyakan sesuatu kepada sahabat yang 'mewakil'kan aku tu. Kemudian beliau mengangguk dan perlahan-lahan memasuki kenderaan. Orang ramai yang mengerumuni tuan guru tadi masing-masing beredar kecuali aku. Aku keseorangan tersenyum kambing dengan hati melonjak gembira sambil mata memandang kenderaan tuan guru berlalu pergi. Aku dah terbayangkan potret tersebut akan tergantung di dalam pejabat beliau atau di gantung di ruang tamu rumahnya. Manalah tau kan. He he he.

1.4.12

Franky Man


Ini nama dia Franky Man. Masa dia kecik orang kenal dia dengan nama Astro Boy. Sekarang dia dah besar dan bekerja sebagai lanun.

25.12.11

:)



No, I get.....really.....too mad at you, but.....not.....you not.....have to say you...sorry because I get...I was...mad.

But I always love you.

*kiss*

:")