7.5.12

Hadiah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Suatu malam di kedai sate, seorang sahabat meminta aku melukiskan potret Mursyidul Am PAS  untuk diberikan kepada empunya potret itu sendiri pada malam minggu akan datang. Tanpa fikir panjang, aku pun terus setuju. Setelah berbincang sedikit sebanyak, aku start motor dan terus pulang ke rumah. Esoknya aku terus menggugel beberapa keping gambar beliau untuk dijadikan rujukan. 2 hari kemudian, siap juga potret yang dijanjikan. Walaupun kurang terperinci(dah malas nak detailkan lagi sebenarnya), tapi aku rasa puashati dengan final product. Harap-harapnya tuan guru menggemarkan potretnya.

************************************************************

Malam pemberian potret, aku tak sabar-sabar nak tengok hasil dalam bentuk cetak atas kanvas dan diframe kemas. Bila dah nak diberikan ke tuan guru, baru aku dapat tengok. Agak puas hati walaupun tak dapat belek lama kerana keadaan yang agak kelam(malam) dan kesuntukan masa. Ketika penyerahan ke tangan tuan guru, aku hanya berdiri dan melihat dari belakang orang. Sahabat yang memegang potret itu, memanggil untuk aku sendiri yang menyerahkannya kepada empunya diri. Tapi aku menolak kerana terlalu segan dengan diri tuan guru yang merupakan seorang ulama' ilmu tafsir terkenal dan juga ahli politik yang hebat. Aku hanya senyum dan menggelengkan kepala.

Ketika menerima potret tersebut, kedengaran tuan guru bertanyakan sesuatu kepada sahabat yang 'mewakil'kan aku tu. Kemudian beliau mengangguk dan perlahan-lahan memasuki kenderaan. Orang ramai yang mengerumuni tuan guru tadi masing-masing beredar kecuali aku. Aku keseorangan tersenyum kambing dengan hati melonjak gembira sambil mata memandang kenderaan tuan guru berlalu pergi. Aku dah terbayangkan potret tersebut akan tergantung di dalam pejabat beliau atau di gantung di ruang tamu rumahnya. Manalah tau kan. He he he.

7 comments:

Kidd said...

Lepas ni boleh draw potret Najib plak.. Boleh gantung kat Putrajaya..

Kurusdopoulous said...

kalau najib jadi pm lagi la.

cik ecah said...

hey.. kau masih kurus manusia? mana kau jumpe link blog aku? haha.

Kurusdopoulous said...

hey ecah. aku masih kurus la. susah nak gemuk. haha. aku gugel cari bob sebab nak pakai fotografer. tengok dia ada link blog kau. aku add la. amacam uganda? makin hitam kah kau itu?

cik ecah said...

aku dok ghana la.. hahaha..aku itam sbb surnburn blk mesia ada la..

Kurusdopoulous said...

ala, ghana dengan uganda tu lebih kurang sama je. duduk kat benua afrika. best gak ko kat ghana tu ek. masak bukan main sedap. siap dapat rumah dan tukang kebun kacak. haha

cik ecah said...

wahaha.. nak dtg jalan meh le..