14.1.11

Totoro versus Usavich!

Sanggup aku menggadaikan 3 jam bengkel kerja untuk melukis benda alah ni:-





ilham dari karektor Totoro(My Neighbour Totoro) dan Kirenenko(Usavich). Aku gelarkannya TOTOVICH. Totovich, salam dengan semua orang. Bagus!

:D

12.1.11

Salah kah?

Salah kah jika kita berlaku jujur dengan pasangan kita semata-mata untuk berlaku adil dan menghormati dirinya yang mempunyai hak pada diri kita sendiri?

Salah kah jika kita jujur, sebenarnya kita mahu mentafsirkan sebahagian kasih sayang dan rasa cinta kita padanya adalah tanda penghargaan kita padanya yang mahu(ataupun telah) menerima kita seadanya tanpa rasa birokrasi, penindasan, keterpaksaan ataupun jelek dengan diri kita yang bukan sempurna ini?

Namun,

Salah kah jika kita beri si dia peluang dan ruang untuk menyesuaikan dirinya dalam perhubungan yang sudah terbina ini semata-mata kerana dia mencintai dan menyayangi kita sepenuh hati?

Salah kah kita cuba mengenali dirinya yang juga bukan sesempurna manusia seperti kita?

Salah kah kita jika bersabar dan belajar menghadam telatah / kerenah dirinya yang hanya seorang manusia biasa - yang tak terlepas melakukan kesilapan, yang ada perasaan marah, suka, sedih dan gembira, seperti kita sendiri?


Maafkan saya.

:(

~ ilyny ~

11.1.11

Aiseh!

Pagi dua haribulan Januari dua ribu sebelas tu aku jadi murung dan serba salah. Akhbar ditangan aku letakkan diatas meja. Dahi mulai berkerut, otak ligat berfikir dan jari pantas mengurut janggut yang sedang menebal dan mengurai panjang. Pandangan mata terus menatap salah satu ruangan berita di dada akhbar. Setiap ayat dibaca satu persatu dan diulangi semula beberapa kali.

"Huh!", aku mengeluh. Tak pernah tension sebegini rupa. Rupanya telatah aku diperhatikan Fahmi yang duduk bersebelahan aku.

"Apahal mengeluh? Macam kalah saham empat digit je.", dia cuba bertanya dengan gaya berseloroh.

"Entahlah. Kau baca lah sendiri.", kata aku sambil memuncungkan bibir ke arah akhbar tadi. Fahmi membelek akhbar dan membacanya secara berhati-hati.


Teh timbang berbahaya: Jabatan Kesihatan


2011/01/02

JELI: Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka. 

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya.
Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna. 

Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. 

Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK. 

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu. 
"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya. 

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya. 

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya. 

"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA







*******


Aku kembali duduk di kerusi dan pantas merenung jauh mengenang nasib sambil dalam hati berdetik,


"Esok, aku nak minum milo 'O' la."

10.1.11

So long my friend! (Bahagian 1)

Nasihat untuk kau. Kalau student-student kau kerek & banyak bunyi, aku sarankan kau seret diorang pakai motor Honda Wave kau sampai diorang hilang muka. Baru nampak Onizuka bro. 

Selamat berjaya wahai Encik Fahmi a.k.a. Lepazo.


*nampaknya aku sorang la pulun buku Sains. Botak aku!

8.1.11

5 a.m.

Sinanju versi jawa jepun.
 
Apa kejadah aku tak tidur lagi walaupun sudah bercinta pukul 1 pagi tadi? Pasal lukisan ni lah. Saja testing power berbattle dengan geng forum. Gila der! Tadi aku yang sound si dia jangan tidur lewat. Takut jadi panda jadian. Sekarang, aku lak yang dah macam panda kat hutan China. Dah. Cerita banyak pun tak guna. Ada baiknya aku tidur.

Zzzzzzz....

7.1.11

Kena beli

Demm!

Pagi-pagi lepas gosok baju dan selesai pakai seluar dalam tahun baru ni baru aku sedar, tali pinggang aku hilang. Aku saspek anak buah aku yang kidnap buat pakai pergi sekolah. Nampaknya terpaksalah aku buncitkan perut sementara ada tali pinggang baru. Cois!



*Hujung minggu ni aku kena beli tali pinggang baru beserta mangga berkunci.

2011

Salam.

Hari ni sudah masuk hari ketujuh dalam bulan Januari 2011. Setiap tahun juga pasti ramai orang rancang niat / azam / 'target' tertentu. Tapi perlu diselidik juga fungsi dan keperluan kita rancang benda-benda tu. Contohnya;

Tahun baru, azam baru? Azam lama dah tertunai ke? Tahun baru, hutang baru? Hutang lama dah berbayar ke? Tahun baru, kekasih baru? Kekasih lama apa cer? Tahun baru, bini baru? Bini lama dah sain kontrak ke? Tahun baru, kereta baru? Kereta lama dah habis setel ke? Tahun baru, kerja baru? Kerja lama tak menjamin masa depan?

Jadi fikirkan semula kenapa kita perlukan semua ini(sebagai contoh) dalam kehidupan kita pada setiap tahun baru. Perlu diingatkan bersama, semakin tahun baru menjelang, hari esok yang mendatang, setiap jam, minit dan detik masa yang bergerak, kita semakin hampir pada KEMATIAN. Jelasnya, akhirat jua sasaran sebenar kita. Padang mahsyar juga bakal kita jejaki. Syurga atau neraka(nauzubillah) bakal kita huni untuk selamanya. Sejauh mana diri kita pada Allah? Sebanyak mana bekalan yang kita nak bawa selepas mati nanti? Cukup ke jika nak dilihat daripada amalan-amalan yang kita lakukan setiap hari? Mana yang berat, dosa atau pahala?

Jadi, fikirkanlah kembali. Selamat menghadapi tahun baru 2011 yang bakal mencabar diri kita seharian nanti. :)