31.10.10

Budak (1)

Tengahari tu aku makin tak tenang. Baring ke kanan macam tak kena. Ke kiri pun tak kena. Melentang, melintang, meniarap, tertiarap, ditiarap....semua tak kena. Tangan duk garu sana dan sini. Semua tempat gatal. Rambut, siku, lengan, leher, kaki, jari....tangan aku pun dah naik letih menggaru. Nak kata aku gian dadah, tak juga pasal aku mana kenal dadah tu mende. Lagipun itu jam aku masih freshie dengan dunia yang penuh dengan onak dan duri serta penuh dengan tipu helah ni. Budak comel macam aku ni tak dilarang buat benda-benda tak elok dan berpeleseran tak tentu hala.

Aku tengok jam dinding sudah hampir pukul 1.30 petang. Siaran berita kat tivi tiga aku tak endahkan. Kalau aku layan pun bukan boleh jadikan aku kanak-kanak paling bijak kat dunia ni. Aku tengok keliling. Dari siling ke lantai sampai ke tombol kunci. Kelihatan seekor cicak yang sedang pulang menoreh. Aku tenung tajam. Cicak tu terus mencicit laju sambil muka cuak.

"Heh", getus aku sambil senyum senget.

Tiba-tiba kedengaran suara nyaring mak aku dari dapur.

"Yus! Makan!"

Aku hanya diam lalu bangkit terus ke dapur. Sampai dapur, bau enak kari terus menerjah lubang kumis. Fuh! Feveret. Perut terus keroncong kencang. Aku tengok adik aku dah sedia memegang pinggan. Tengok muka pun dah tau lapar tahap kebulur.

27.10.10

Karikatur (1)

Salam.

Seperti yang dah aku janjikan, karikatur pertama yang aku buat selama 26 tahun ni. Ini dia.
gambar asal

setelah dikarikatur

Terima kasih kat pengantin yang juga merangkap sahabat baik aku sejak kami belum lahir lagi. Kepada Encik Syarafi dan isteri, Puan Nasrah @ Nasya, Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia sampai akhirat. Anda berdua memang dua cocok dan sepadan.

=D

26.10.10

Boleh cemburu tak?

Salam.

Boleh tak aku cemburu dengan bakat orang yang lagi tere melukis? Aku rasa tercabar ni. Sikit hari lagi aku nak hebat sikit depan dia.

Aku ada buat satu karikatur untuk pertama kalinya. Nanti aku pos dalam ini blog. Cantik atau tak, itu nombor selepas nombor satu. Tunggu.

Bulan Mati

Salam.

Bulan Oktober adalah bulan berehat bagi kuli-kuli buku teks kat ofis ni terutamanya budak-budak second phase macam aku ni. Setelah hampir 3 bulan lebih aku tak cukup tidur, mata bengkak, rambut kusut serabai macam budak terbiar, tangan jadi kejang, urat otak banyak menegang sampai klimaks melampau dan tulang vetebrata kurang centre akibat duduk lama sangat, aku baru bebas. Ya untuk Yakult. Ya, BEBAS! Muahahaha!!!
..
..
..
..
..
Bebas la sangat. Baru nak hore-hore, baru nak menghirup udara segar, baru nak terbang persis ulat beluncas yang baru berubah menjadi rama-rama, dah dapat task baru. Kaki sudah kena pasung. Tangan sudah kena pegang pensel dan kertas semula. Peluh mula timbul sedikit demi sedikit. Aku menghela nafas separa sangkut sambil menyapu peluh di dahi. Tanpa membuang masa lagi, aku memegang mouse sambil menekan-nekannya sehingga azan subuh 3 hari kemudian.