26.12.10

26

Akhir-akhir ni, nombor 26 memainkan beberapa peranan penting dalam hidup aku. Aku menjadi sangat teruja, cuak, seram-seram tenang dan kadangkala berfikiran jauh ke hadapan. Perubahan yang paling ketara adalah selera makan aku menjadi-jadi. Setiap hari jadual pemakanan aku menjadi padat dan hampir setiap masa aku rasa lapar dan nak makan. Perut aku pun dah mula memboroi jika dilihat daripada pandangan sisi.

Jika dalam perbualan, kelihatan aku cuba menggunakan perkataan yang agak berhemah dan matang seperti 'kardiovaskular' dan 'konserto terakhir'. Ayat-ayat carutan sudah dikurangkan penggunaannya. Kutukan dan kritikan yang melampau juga berjaya dikurangkan.

Namun, disebalik perubahan-perubahan ini, terselit juga beberapa perkara yang kurang seronok. Aku tak dapat menghadiri majlis doa selamat seorang sahabat baik aku iaitu Encik P yang juga merangkap suami kepada Puan Nasya yang juga majlis timbal balas perkahwinan diorang di pihak lelaki. Majlis diadakan di Kuala Terengganu. Memang aku beridam nak kembali ke sana sejak hampir 2 tahun lalu. Tapi majlis tersebut bertembung dengan satu lagi majlis perkahwinan abang sahabat baik aku juga yang bakal diadakan di Kampung Bukit Kuching, Jeram. Dalam pada masa yang sama juga, aku kena menghadiri bengkel kerja di Bangi yang bermula 22 haribulan sehingga 26 haribulan Disember. Jadi aku terpaksa mengambil keputusan untuk tidak ke Kuala Terengganu. Hampa.

Cuma apa yang penting pada 26 haribulan adalah pada malam harinya. Aku perlu nampak tenang, yakin, serius, kacak dan manis. Gaya penampilan juga perlu canggih, kemas, rambut yang disisir rapi, muka yang bersih dicuci dan tanpa misai yang sudah dicukur. Cukup dengan segala wangian minyak wangi dan juga sepasang stokin yang bersih.

Bismillah.

Telur wanita professional

Semalam sekumpulan wanita berkerjaya professional bermesyuarat tentang 'telur'. Err...apa ada dengan telur? Kenapa dengan telur? Apasal telur? Sedap ke telur tu? Apa kena mengena telur dengan wanita-wanita ini?


 Ini adalah telur.






Entah la. Tanyalah diorang. Aku bukan segolongan dengan diorang. :D

23.12.10

Sama dan Serupa

Salam.

Korang perasan, umat manusia sekeliling kita termasukla kita sendiri berfikiran macam ni:
  • mahu kurus bila perasan lemak dan spare-tyre makin menimbum di seluruh badan.
  • mahu rajin bila sedar diri tu makin malas bila diletakkan tanggungjawab semasa bekerja, belajar, bersukan, dan mengemas rumah.
  • mahu cantik/hensem bila tengok orang lain nampak cantik sedangkan dia tahu bahawa itu hanya gambaran pro-sosialis, plastik, menipu dan bebanan yang mengaburi mata untuk memberikan kepuasan yang cepat membosankan dan membuat orang sedar yang sebenarnya kita wujud dan hidup bersama mereka.
  • mahu sihat bila sedar nafas kita mudah tercungap-cungap walaupun hanya 5 saat berjogging/main ping pong/main kejar-kejar dengan anak sendiri, bila doktor mengesahkan yang tekanan darah kita memuncak ke bar paling atas, aliran darah kita tak selancar sewaktu kita berumur 4-5 tahun bila ianya dipam jantung ke seluruh badan dan bila doktor pesan mintak kita kurangkan tahap kolestrol kita yang dah macam parasit dalam kita sampai boleh jadi penyebab kita cepat mati.
  • mahu kekal muda bila kedut dimuka mula merekah, remos hitam kita bertukar putih, kita menjadi pengikut fesyen skinhead setelah rambut yang tebal mula taknak tumbuh kat kepala kita dan bila anak-anak kita melahirkan anak-anak mereka.
  • mahu jadi kaya bila tengok orang lain pakai pakaian yang berjenama, kereta yang berharga atas RM 70k, ada rumah 10 bilik berserta kolam renang bersaiz 3 padang bola sepak dan laman rumah yang seluas mata memandang dan bila hidup dibebani tekanan hidup dan bebanan hutang-hutang yang takkan habis walaupun generasi kita yang 39 mati.
  • mahu cari pasangan hidup kelas pertama dimata Allah sedangkan hidup kita teruk diselaputi hawa nafsu, buta agama, penuh penipuan dan kepura-puraan. Tapi, Allah Maha Mengetahui.
  • dunia yang sementara lagi penting dari akhirat yang kekal abadi, sampai lupa tujuan kenapa kita hidup dalam bumi yang berbentuk sfera yang juga milik Allah ni.
  • yang cantik itu membahagiakan berbanding yang buruk sedangkan hakikatnya, banyak benda yang cantik kat dunia ni menyiksakan dan menyusahkan kita.
  • mahu lari dari tanggungjawab, bebanan dan tekanan dan duduk di ceruk pulau ditemani keseronokan dan ketenangan yang tiada had sedangkan 3 benda tu la yang jadikan hidup kita penuh bermakna, corak, cabaran dan keseronokan.
  • mahu lahir dalam keadaan kaya raya, terkenal dan penuh kesenangan dunia. Padahal itulah penyebab kita bebal ,dungu dan pemalas.
  • mahu jadi manusia paling sempurna dimata semua orang.
Lagi? Korang tambahla sendiri. Aku nak melunaskan 'hajat' di bilik termenung. Nak ikut?