26.12.10

26

Akhir-akhir ni, nombor 26 memainkan beberapa peranan penting dalam hidup aku. Aku menjadi sangat teruja, cuak, seram-seram tenang dan kadangkala berfikiran jauh ke hadapan. Perubahan yang paling ketara adalah selera makan aku menjadi-jadi. Setiap hari jadual pemakanan aku menjadi padat dan hampir setiap masa aku rasa lapar dan nak makan. Perut aku pun dah mula memboroi jika dilihat daripada pandangan sisi.

Jika dalam perbualan, kelihatan aku cuba menggunakan perkataan yang agak berhemah dan matang seperti 'kardiovaskular' dan 'konserto terakhir'. Ayat-ayat carutan sudah dikurangkan penggunaannya. Kutukan dan kritikan yang melampau juga berjaya dikurangkan.

Namun, disebalik perubahan-perubahan ini, terselit juga beberapa perkara yang kurang seronok. Aku tak dapat menghadiri majlis doa selamat seorang sahabat baik aku iaitu Encik P yang juga merangkap suami kepada Puan Nasya yang juga majlis timbal balas perkahwinan diorang di pihak lelaki. Majlis diadakan di Kuala Terengganu. Memang aku beridam nak kembali ke sana sejak hampir 2 tahun lalu. Tapi majlis tersebut bertembung dengan satu lagi majlis perkahwinan abang sahabat baik aku juga yang bakal diadakan di Kampung Bukit Kuching, Jeram. Dalam pada masa yang sama juga, aku kena menghadiri bengkel kerja di Bangi yang bermula 22 haribulan sehingga 26 haribulan Disember. Jadi aku terpaksa mengambil keputusan untuk tidak ke Kuala Terengganu. Hampa.

Cuma apa yang penting pada 26 haribulan adalah pada malam harinya. Aku perlu nampak tenang, yakin, serius, kacak dan manis. Gaya penampilan juga perlu canggih, kemas, rambut yang disisir rapi, muka yang bersih dicuci dan tanpa misai yang sudah dicukur. Cukup dengan segala wangian minyak wangi dan juga sepasang stokin yang bersih.

Bismillah.

3 comments:

DyanaYunus said...

hai boroi.
hai matang.

oh majlis abg p 26hb jugak? hmm.

selamat maju jaya.

Kurusdopoulous said...

hai cantik. ya. 26hb juga. sangat padat.

awak pun selamat maju jaya.

DyanaYunus said...

tapi saya tak mahu selamat maju jaya awak T_T