Salam
Lewat pagi tu, Muaz sedang cuba menjawab soalan-soalan ujian minda yang aku berikan padanya.
"Abi, apa jawapan untuk soalan nih?" tanya Muaz kepada aku.
Muaz memandang aku dengan penuh tanda tanya sambil mengerut dahi dan menggaru kepala untuk mendapatkan kepastian.
Holography touchscreen yang memaparkan bacaan berita dari Harakah aku
hidekan seketika. Pandangan aku terus ke arah kertas yang dipegang Muaz.
Aku turut mengerutkan dahi seperti Muaz. Tangan kanan mengurut janggut sepanjang 10 sentimeter dengan perlahan-lahan.
"Abi tak tahu lah Muaz. Cuba pi tanya ummi. Abi rasa ummi tahu." jawab aku perlahan.
Muaz terus berlari anak ke dapur mencari umminya.
"Ummi! Ummi!" panggil Muaz setelah melihat susuk tubuh seorang wanita yang berumur lewat 20-an sedang memotong lobak untuk dijadikan tomyam untuk santapan tengahari nanti. Beliau sememangnya tahu suami dan anaknya amat meminati tomyam apatah lagi tomyam dari hasil tangannya yang terkenal dengan rasa keenakkan dan kepedasan tahap raksasa gorgon itu.
"Ye Muaz? Ada apa sayang?" jawab wanita itu perlahan sambil menguntumkan senyuman manis. Matanya menyepet secara semulajadi apabila senyum. Seperti mahu nangis, amat comel sekali.
"Apa jawapan untuk soalan ni ummi? Abi kata ummi tahu jawapannya." tanya anak kecil itu sambil menghulurkan kertas yang dipegang.
Wanita itu membaca soalan itu yang bertulis ini:
'
Apakah hobi dan berapakah saiz kasut Shahir AF8?'
Riak wajah wanita itu terus berubah. Dahi di kerut dan bibir diketap rapat. Kemudian beliau menjerit,
"ABANGGGGG!!!!"