8.4.11

Beronggeng bersama Caca (1)

Salam.

Semalam dengan tiba-tiba, aku teringat akan satu perkara penting. Pensel di tangan diletak dengan segera dan aku segera bangkit dari kerusi. Dalam kepala hanya timbul satu benda sahaja; Kak N. Mata meliar ke kiri, kanan, depan & belakang mencari Kak N. Akhirnya mata tertumpu di meja berhadapan tiang besar dan bekas air subsidi yang diberikan oleh syarikat kepada kuli.

Aku bangkit dan menyegerakan langkah ke meja Kak N. Untuk mengenal beliau adalah bukan perkara yang sukar di opis aku. Dengan tubuh badan yang bulat, kiut dan dengan suaranya jika dia memanggil tanpa aku sempat menoleh pun dah boleh kenal. Hatta dengan bunyi tapak kakinya pun dah boleh tahu siapa yang berjalan.

"Kak", aku menegur.

Kak N menoleh tanpa sebarang bunyi.

"Hari ni 7 haribulan kan? Last day saya kerja kan?".

Kening beliau dinaikkan dan mimik wajah tanpa perasaannya pun berubah seraya berkata:

"Eh, yeke? Sekejap ye."

Tangan kanannya segera menyambar tetikus dan matanya terus tertumpu pada skrin pc lapuknya. Di klik sini, di klik sana, scroll atas, scroll bawah.

"Oh yelah. Hari ni awak last.", kata Kak N.

"Maknanya esok saya cuti la ek?".

"A'ah. Nanti hari Isnin awak masuk kerja balik macam biasa.", sambung beliau semula sambil tersenyum.

************

Hari ni aku ke bengkel Gemuk bersama Caca selepas selesai solat Jumaat. Sepatutnya kalau diikutkan rancangan asal, aku nak pergi seorang. Tapi memandangkan mak dan abah perlu ke Rawang untuk melawat keluarga saudara yang baru meninggal dunia, aku terpaksa membawa Caca sekali ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan beberapa perkara duniawi yang agak mustahak.

Selesai ke bengkel, kami ke bank dan terus ke opis kakak di Shah Alam.

"Kakak nak pisang?", tanya aku.

"NAK!!!", kata Caca dengan riak muka yang riang sambil senyum terangguk-angguk.

"Sebiji untuk kakak, sebiji untuk Pak Teh. Kan?", tanya aku dengan soalan seperti soalan teka teki.

"Emm!", jawab Caca sambil mengunyah pisang.

2 comments:

DyanaYunus said...

cerita ni, comel :) part caca

Kurusdopoulous said...

Dah sambung yang baru.