Showing posts with label sekolah tepi kubur. Show all posts
Showing posts with label sekolah tepi kubur. Show all posts
4.11.10
Dulu Yang Seram
"Assalamualaikum warohmatullah."
"Assalamualaikum warohmatullah."
Ustaz yang juga imam menamatkan solat isya' pada malam itu dengan penuh tertib. Diikuti kami- makmum yang berada dibelakang. Setelah beristighfar, berwirid dan berdoa, kami naik ke dorm masing-masing bersiap untuk prep di dewan makan. Malam ni kami dimaklumkan oleh warden supaya prep di dewan makan sahaja. Tidak dinyatakan pula kenapa. Selalunya kami ditempatkan di kelas-kelas di sekolah. Aku dalam diam merasa tidak setuju dengan tindakan warden ini. Belajar beramai-ramai dalam dewan makan yang tidak sebesar mana boleh merimaskan badan dan menyesakkan minda murni kami yang bijak-bijak belaka ini.
"Apek, sikat mana sikat?"
Tanya aku pada Apek yang sedang memilih buku untuk dibawa bersama. Terselit bersama komik rebutan kami satu asrama iaitu Dragon Ball. Ya, kami memang cukup histeria dengan komik-komik bersiri macamni termasuklah Pendekar Laut, Jejak Wira, Dr. Slump dan juga Alam Perwira. Oh ya, juga majalah Mastika. Tidak lupa juga bahan-bahan lain seperti ini- bekalan makanan dan lauk budak lain yang dibekalkan oleh mak-mak diorang setiap hujung minggu, rokok member, cerita porno melayu( opsss... ), cd wrestling WWF yang ada tunjuk match Mick Foley a.k.a. Mankind dan Cactus Jack( ini orang kalau gaduh, memang sampai keluar darah dan cedera melampau ) dan nombor telefon serta surat cinta awek-awek sekolah lain( yang ni memang aku yang jadi penulis surat tetap member-member yang nak bercinta ).
"Nah!" Apek hulur sikat tanpa jeling aku seinci pun. Aku jarang sikat rambut tapi kalau dah sikat tu maknanya mood belajar aku dah sampai tahap bersemangat lima kali ganda daripada biasa. Habis sikat rambut, aku ke loker untuk ambil buku. Aku tengok Apek dan Ceper dah ready nak keluar dorm.
"Oi! Tunggu la weh.", jerit aku.
"Lambat tinggal!" balas Ceper.
"Cilakak!" aku keluh perlahan. Jam dah 8.50 malam. Sebelum pukul 9 malam kalau aku tak masuk prep, memang makan libasan rotan Cikgu Zaidi la gamaknya. Dia tu dah la hari-hari main badminton. Sedikit sebanyak membantu pergerakan tangan beliau sewaktu menghayun rotan yang sebesar pemeluk tu. Aku tengok keliling dorm. Tinggal aku dan Ayam je. Aku sambung cari buku.
Tengah sibuk cari buku, tetiba aku terdengar bunyi piano. Sayup-sayup je.
"Aik? Mana pulak datangnya bunyi piano ni? Setahu aku salam asrama ni takde pun piano.", getus hati aku. Aku pandang Ayam yang masih bersiap.
"Yam, ko dengar tak?" tanya aku pada Ayam.
"Apa? Dengar apa?" katanya.
"Cuba ko dengar. Kan ada bunyi piano." jawab aku sambil menutup pintu loker.
Ayam memakukan diri sambil memasang telinga. Matanya memandang keliling. Sekali lagi bunyi piano kedengaran.
"Eh, yela. Dari mana bunyi piano ni?" kata Ayam dengan riak wajahnya yang seakan-akan Will Smith. Kami keluar dari dorm dan berdiri di koridor dengan tangan mencekak pinggang. Gaya kami dah macam sub-kontraktor sedang ukur jalan. Kami amati alunan piano itu dengan berhati-hati dan kami dapati ianya datang dari bangunan sekolah.
"Gelap je sekolah." kata aku. Ya, memang betul. Seluruh sekolah gelap gelita. Satu titik cahaya pun takda. Kelip-kelip pun takda. Apatah lagi lampu spotlight. Kalau ada pun hanya biasan daripada lampu kereta yang lalu lalang di depan sekolah.
Alunan musik piano makin kuat kedengaran sedikit demi sedikit. Kalau ada pun orang main piano di sekolah, di mana piano tu disimpan? Sepanjang hampir dua tahun lebih aku bersekolah kat sini, tak pernah nampak orang main piano kat sekolah. Lepas tu baru aku teringat. Dulu ada budak bagitahu aku, ada piano lama tersimpan kat bilik pengawas. Takda siapa nak bela piano tu. Sebab tu ianya terbiar di bilik pengawas. Ada yang kata piano tu sememangnya dah ada dari zaman Inggeris menjajah Tanah Melayu. Lagipun sekolah aku ni bekas hospital British masa zaman dulu-dulu. Jadi ini menguatkan tanggapan aku tentang kewujudan piano lama tu.
Bulu roma aku dah meremang. Aku pandang Ayam, Ayam pandang aku. Sama-sama muka kejang kepucatan dan tanpa buang banyak masa, kami pun.........LARIIIIIIIIIII!!!! Serentak lari. Macam masing-masing faham je.
********
Esok pagi waktu berjalan ke sekolah, aku berjalan di hadapan bangunan sekolah yang menempatkan bilik pengawas di tingkat atas. Sambil berjalan aku memandang bilik pengawas dan aku terfikir, siapa yang main piano dalam gelap kat situ malam tadi.
Label-label:
entri seram,
piano lama,
sekolah tepi kubur
Subscribe to:
Posts (Atom)