2.11.10

Amuk

Salam.

Sejak dua menjak tiga menjak dan empat menjak ni, aku malas pula nak ke kantor( tak main la ofis ). Bangun punyalah awal tapi lepas subuh dan mengaji, mesti sambung tidur. Kononnya nak tidur-tidur ayam la. Sekali, nah! Tidur kaw-kaw kudis buta punya. Buta pun tak kudis kaw-kaw la. Kalau dah bangun tu, faham-faham saja la. Mula la nak cuci muka( sebelum subuh sudah mandi, kenapa mahu mandi lagi kan? cuci saja la ), buang tahi mata keras, sikat rambut belah tepi, pakai deodorent dan gosok baju( oh, alangkah indahnya kalau sudah berbini. tak perlu gosok, tinggal pakai je. oh sang isteri, marilah datang meminang aku ni. ). Semua tu dilakukan secara separa pantas, skema dan penuh dedikasi. Ini gaya pemuda separuh kampung dan separuh metroseksual yang berkuli dengan gaji berbayar sebulan sekali.

Lepas siap sedia dengan kacak dan segak, masa untuk mengganggu ketenteraman anak-anak buah aku yang sedang khusyuk menonton 'Dibo Si Naga Hadiah'. Antara acara yang selalu aku buat ialah curi bantal Caca, picit hidung Ayan, rampas susu Caca, tepuk tapak kaki Ayan, ramas rambut Caca sampai kusut dan main mulut Ayan( nampak macam tengah bercakap ). Lepas puas membuat onar dan salam mak abah, aku terus merempit ke kantor dengan kelajuan cahaya.

******

Straight to the point.

Hari ni ada orang amuk kat kantor - dalam bilik pengurus. Nasib baik tak terbalik kerusi, meja, almari, kucing, pasu bunga dan makcik cleaner. Itu pun dah cukup memberikan petanda bahawa kantor ini bakal mencetuskan peperangan dingin tak lama lagi. Kemudian gencatan senjata akan berlaku dan rundingan damai bakal diadakan bagi memeterai perjanjian persis perjanjian antara Israel dan Palestin yang seringkali di langgar lari.

26 comments:

Anonymous said...

waaa..ai like kentut.. so ini kentot ko yg pertama...
ade pergaduhan kt opis ke td?..wahaaaa..

terer gak anda menulis yaaa..bagus2..keep it up kate omputih..

k..
babai..

eh lupe nk kenalkn diri..
xpe laaa..
xyah tau..
ko si pemungkir janji..
hoho...

DyanaYunus said...

salam. erk, camana abah jumpa blog saya? T_T segan. dan ya, gambar itu adik bongsu saya.

apa la tggu bini pinang -___-"

Kurusdopoulous said...

waalaikumsalam. dapat link dari efbi. muka dia ikut kak ngah.

rasulullah s.w.t dengan siti khadijah boleh je. =D

Kurusdopoulous said...

anonymous: ai kenal ini orang. jom aku belanja ko makan. semalam dah la tak datang.

Anonymous said...

aku sakit gastrik + sakit mengada + sakit lambat bangun + sakit malas kot..ngeheee..
tp semalam dh rehat secukup rasa..
arini ko leh banje aku mkn sup ayam kt kafe tingkat 5..

eh tp x nmpak pun bulu idung ko arini...pemungkir janji tul laa..

DyanaYunus said...

aik, ada ka link kt fb? rasanya delete dah. alahai tulis merapu je slalu ;p hehe saya mmg cmtu, tak senoheh sket.

a'ah, mmg rmi muka lbh krg cmtu. saya je aneh muke berbeza T_T oh insyaAllah tak lama lagi ada la tu, scret admirer mst rmi abah ni. he he

Kurusdopoulous said...

bagus la blog kamu tu. englishnya terbaik. abah pun tak paham sampai kena bukak kamus. he he. teruskan menaip. abah nak baca.

yang aneh tu yang istimewa. yang istimewa ni unik.

takde secret admire. takde pun orang yang ngaku. kalau ada, memang hantar rombongan punya.

DyanaYunus said...

jgn baca semua bah jangaaaan! makin segan saya. haha. oh biasa2 je english, msh belajar ;) tp hari tu saya msuk dbate dpt 4 kali best speaker! ngee :D insyaAllah bila ada bahan, saya tulis

abah, nama pn secret admirer! takkan nak ngaku kut alahai

Kurusdopoulous said...

kan membaca tu amalan yang mulia. lagipun english abah bukan tahap kelas pertama macam dee. tahap ketiga pun jauh lagi. ini kira belajar english sambil baca blog la.

kepada secret admire, anda diminta me-revealkan diri anda jika mahu dinikahi oleh saya. <--- poyo.

Anonymous said...

tipoooo jek..ade jek yg secret admire kt ko..ko pun ade secret admire kn?..
ahaaaa..
ketara ..

ko x g minang pun lg..

lalalalala

*pengganggu~..

Kurusdopoulous said...

uik. ada ke? siapa? aku pun tak tahu. ko revealkan please siapa gerangan secret admire aku tu? dan aku admire siapa pulak?

DyanaYunus said...

hahaha poyo gila bah ! tengok. kantui dah abah pn ada admire orang

Kurusdopoulous said...

heh! abah memang ada admire orang. tapi tak tahu plak ada orang yang admire abah. serius!

DyanaYunus said...

apa kata abah je masuk minang org yang abah admire! haaa kan sng. tak pyh la poyo2 tggu prmpuan lapor diri ;p

Kurusdopoulous said...

tunggu masa yang sesuai. tapi itu pun kalau dia nak la.

DyanaYunus said...

waaaaaaahhhhhhhh! sekarang pun sesuai bah sekarang sekarang! hahaha excited pule

Kurusdopoulous said...

tak boleh. kena tanya dia dulu. takbleh main masuk je. kot-kot dia dah minat seseorang ke.

DyanaYunus said...

hmm cuba mintak org risikkan, hoho. mengajar pulak ni ;p tp mst guna org yg dipercayai lah

Kurusdopoulous said...

tunggulah sampai masa yang sesuai.

DyanaYunus said...

my prayers are with you ;)

Kurusdopoulous said...

thank you!

DyanaYunus said...

most welcome :)

Anonymous said...

ada satu orang. tapi, sampai bila-bila pun kau takkan percaya sebenarnya dia sangat sayangkan kau dengan seikhlas hatinya. dan dia tahu yang kau takkan menerima dia seadanya, walaupun dia pada hal sebenarnya dia telah menyayangi kau luar daripada batasan kelemahan diri kau. malah dia sebenarnya amat amat menghargai kelemahan kau yang ada.

tapi dia telah tekad. dia takkan menyatakan perasaan sebenarnya pada kau sehinggalah engkau juga suka pada dia juga.

tapi dia juga tahu yang, itu sesuatu yang mustahil. terlalu mustahil. dia hanya mampu berdoa kepada Allah swt, semoga engkau dijodohkan dengan seseorang yang boleh buatkan kau bahagia.

Kurusdopoulous said...

macam aku kenal siapa yang taip komen. tapi di mana ya? gyahahahaha!

Anonymous said...

haaaa kan aku dh kate!!!!..ade org admire kt ko..haa pe lagi..buat laa pinangan cepat!!!!..:D


yi.mi

Anonymous said...

ala si yimi, dia kan suka cakap putar belit. dia kata je begitu, tapi dia bukan betol pon... hahahaha. mesti la dia pilih orang tengok kesukaan dia dulu. ada brani ka dia pinang. hahaha.