21.3.10

Kita

Salam.

Ada sesetengah perkara yang boleh membuatkan kita sebagai manusia terasa muak. Fikiran pun kacau. Jiwa tak tentu arah. Kadangkalanya, aku teringin nak pakai penumbuk aku ni. Tidaklah besar sangat saiznya tapi apa ada pada saiz kalau kita sudah ada kemampuan dan keberanian. Contohnya macam Hitler yang menggegarkan dunia walaupun bersaiz kecil.

Perkara lama diulang-ulang untuk menarik mata perhatian kita, tak kira macamana pun rupa sesuatu hal itu. Dulu ia mungkin benar akan kesahihannya. Dua kali, mungkin benar lagi. Kali ketiga, rasa ragu-ragu datang meyakinkan hati. Kita perlu siasat dan selidik untuk medapatkan kepastian. Namun untuk kali ini, aku dah mula rasa bosan walaupun ada juga rasa ingin tahu kebenarannya. Adakah sengaja palsu? Lakonan? Cuba menyorok atau cuba melarikan diri? Sakit hati gak bila nak tau jawapannya. Tapi tanpa kita sedar, itulah yang kita mahu.

Macamana tak bengang. Tidur aku jadi tak lena. Walaupun yang keluar hanya nama, itu pun sudah cukup membuatkan aku terbuka mata. Nak tidur semula sudah susah. Jiwa makin kacau. Kepala jadi pening. Kaki terasa ringan. Agak-agak kalau keting aku ni keras macam titanium, mahunya aku sepak setiap pokok, tiang dan batang konkrit yang ada.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Permudahkanlah perjalanan hidup sehariannya.Permurahkanlah rezeki untuknya. Lapangkan dan lembutkanlah hatinya agar bisa menerima keimanan dan rahmat dari-Mu. Agar aku bisa mengabdikan diriku untuk-Mu selamanya. Amin.

Wassalam.

*jika tak faham boleh bertanya.

5 comments:

Anonymous said...

kpd si pemungkir janji..

ooo ai x paham post ini..nak bertanya...
'kita' tuh siapa yaa?..
'walaupun aku x kenalla barangkali..'..

Kurusdopoulous said...

bila masa lak mungkir janji? nak karate?

'kita' = keseluruhan diri ai.
'walaupun aku x kenalla barangkali' = takde pun ayat ni. mana yu cilok ni?

Anonymous said...

.karate..teraka..etarak..hahaha

'kita' tuh kn tajuk post anda nih..so i thought u refer 2 someone laa kn?..tuh suh bertanya..jd nk brtanye laa nih...
eeeeee....

~si pemungkir janji~~~..*echoes....

Kurusdopoulous said...

'kita' tu banyak refer kat diri sendiri tapi ada gak refer pada diri aku dan orang lain. siapa kah orang itu, biarlah rahsia bak kata makcik siti.

jom makan kat tupai-tupai.

Anonymous said...

biarlaa rahsia~...podacit..

aku dh mkn dh...sok aku byr baki wit..
ahaaa..
sok laa ko banje aku lunch~..
yuhuuu..