4.11.10

Dulu Yang Seram


"Assalamualaikum warohmatullah."
"Assalamualaikum warohmatullah."

Ustaz yang juga imam menamatkan solat isya' pada malam itu dengan penuh tertib. Diikuti kami- makmum yang berada dibelakang. Setelah beristighfar, berwirid dan berdoa, kami naik ke dorm masing-masing bersiap untuk prep di dewan makan. Malam ni kami dimaklumkan oleh warden supaya prep di dewan makan sahaja. Tidak dinyatakan pula kenapa. Selalunya kami ditempatkan di kelas-kelas di sekolah. Aku dalam diam merasa tidak setuju dengan tindakan warden ini. Belajar beramai-ramai dalam dewan makan yang tidak sebesar mana boleh merimaskan badan dan menyesakkan minda murni kami yang bijak-bijak belaka ini.

"Apek, sikat mana sikat?"

Tanya aku pada Apek yang sedang memilih buku untuk dibawa bersama. Terselit bersama komik rebutan kami satu asrama iaitu Dragon Ball. Ya, kami memang cukup histeria dengan komik-komik bersiri macamni termasuklah Pendekar Laut, Jejak Wira, Dr. Slump dan juga Alam Perwira. Oh ya, juga majalah Mastika. Tidak lupa juga bahan-bahan lain seperti ini- bekalan makanan dan lauk budak lain yang dibekalkan oleh mak-mak diorang setiap hujung minggu, rokok member, cerita porno melayu( opsss... ), cd wrestling WWF yang ada tunjuk match Mick Foley a.k.a. Mankind dan Cactus Jack( ini orang kalau gaduh, memang sampai keluar darah dan cedera melampau ) dan nombor telefon serta surat cinta awek-awek sekolah lain( yang ni memang aku yang jadi penulis surat tetap member-member yang nak bercinta ).

"Nah!" Apek hulur sikat tanpa jeling aku seinci pun. Aku jarang sikat rambut tapi kalau dah sikat tu maknanya mood belajar aku dah sampai tahap bersemangat lima kali ganda daripada biasa. Habis sikat rambut, aku ke loker untuk ambil buku. Aku tengok Apek dan Ceper dah ready nak keluar dorm.

"Oi! Tunggu la weh.", jerit aku.
"Lambat tinggal!" balas Ceper.
"Cilakak!" aku keluh perlahan. Jam dah 8.50 malam. Sebelum pukul 9 malam kalau aku tak masuk prep, memang makan libasan rotan Cikgu Zaidi la gamaknya. Dia tu dah la hari-hari main badminton. Sedikit sebanyak membantu pergerakan tangan beliau sewaktu menghayun rotan yang sebesar pemeluk tu. Aku tengok keliling dorm. Tinggal aku dan Ayam je. Aku sambung cari buku.

Tengah sibuk cari buku, tetiba aku terdengar bunyi piano. Sayup-sayup je.

"Aik? Mana pulak datangnya bunyi piano ni? Setahu aku salam asrama ni takde pun piano.", getus hati aku. Aku pandang Ayam yang masih bersiap.

"Yam, ko dengar tak?" tanya aku pada Ayam.
"Apa? Dengar apa?" katanya.
"Cuba ko dengar. Kan ada bunyi piano." jawab aku sambil menutup pintu loker.

Ayam memakukan diri sambil memasang telinga. Matanya memandang keliling. Sekali lagi bunyi piano kedengaran.

"Eh, yela. Dari mana bunyi piano ni?" kata Ayam dengan riak wajahnya yang seakan-akan Will Smith. Kami keluar dari dorm dan berdiri di koridor dengan tangan mencekak pinggang. Gaya kami dah macam sub-kontraktor sedang ukur jalan. Kami amati alunan piano itu dengan berhati-hati dan kami dapati ianya datang dari bangunan sekolah.

"Gelap je sekolah." kata aku. Ya, memang betul. Seluruh sekolah gelap gelita. Satu titik cahaya pun takda. Kelip-kelip pun takda. Apatah lagi lampu spotlight. Kalau ada pun hanya biasan daripada lampu kereta yang lalu lalang di depan sekolah.

Alunan musik piano makin kuat kedengaran sedikit demi sedikit. Kalau ada pun orang main piano di sekolah, di mana piano tu disimpan? Sepanjang hampir dua tahun lebih aku bersekolah kat sini, tak pernah nampak orang main piano kat sekolah. Lepas tu baru aku teringat. Dulu ada budak bagitahu aku, ada piano lama tersimpan kat bilik pengawas. Takda siapa nak bela piano tu. Sebab tu ianya terbiar di bilik pengawas. Ada yang kata piano tu sememangnya dah ada dari zaman Inggeris menjajah Tanah Melayu. Lagipun sekolah aku ni bekas hospital British masa zaman dulu-dulu. Jadi ini menguatkan tanggapan aku tentang kewujudan piano lama tu.

Bulu roma aku dah meremang. Aku pandang Ayam, Ayam pandang aku. Sama-sama muka kejang kepucatan dan tanpa buang banyak masa, kami pun.........LARIIIIIIIIIII!!!! Serentak lari. Macam masing-masing faham je.

********

Esok pagi waktu berjalan ke sekolah, aku berjalan di hadapan bangunan sekolah yang menempatkan bilik pengawas di tingkat atas. Sambil berjalan aku memandang bilik pengawas dan aku terfikir, siapa yang main piano dalam gelap kat situ malam tadi.

26 comments:

Anonymous said...

wuaaaahh serammmmmm~..*echoes

ko nih ada bakat menulis laaa..sgt..best jek bace..baek ko wat sekuel lg cter seram nih...
aku nk bace lg~...

-yi.mi

Unknown said...

Seram melampau.. Rasa nak terkentut pun ada.

DyanaYunus said...

cikgu zaidi nak belajar piano pula kut.

ni kisah benar ke?

Kurusdopoulous said...

takdenya belajar piano gelap-gelap. ya, memang benar. itu jam tahun 1999 kalau tak silap.

Kurusdopoulous said...

sekarang taklah seram syuk. masa kena time tu, seram la gak. :)

Kurusdopoulous said...

yimee: siap ada echo effect.ha ha. terima kasih. nanti ko tak boleh tidur lak kalau baca entri seram aku. =D

DyanaYunus said...

saya baru darjah 2, hehe. asrama mana ni?

Kurusdopoulous said...

darjah dua? mesti kecik dan comelkan time tu? aspura STK- sekolah tinggi klang a.k.a. sekolah tepi kubur.

DyanaYunus said...

tak lah. pendek & gemuk
okaaay, tak tau skolah mana

Kurusdopoulous said...

pendek, gemuk masih comel.
sekolah tu kat bandar klang. takkan tak pernah sampai sana?

DyanaYunus said...

ntah la bandar klang tu kat mana. hahaha saya tahu bukit raja, kapar ke sementa ntah abg saya duduk dlu, meru mungkin tok sedara saya duduk. bandar tak tau hehe

Kurusdopoulous said...

oh. abah duduk meru.

DyanaYunus said...

kirim salam pada orang meru.

Kurusdopoulous said...

jangankan orang, kucing dengan biawak pun abah sampaikan. kirim salam kat makcik jual kopok leko.

DyanaYunus said...

saya akan cuba. sini merata ada. tadi saya nak beli dah keropok, tapi segan sebab di tangan sudah ada kebab pita special, ayam madus & ice blend vanilatie.

Kurusdopoulous said...

beli je. kalau makcik tu banyak tanya, cakap la- "Saya perlu makan banyak untuk rilis tensen final exam."

DyanaYunus said...

hehe. kalau orang sekeliling pandang?

Kurusdopoulous said...

cakap- "Saya tau la saya comel. Janganlah pandang macam tu." (sambil dua tangan pegang pipi yang blushing. mata perlu dikelipkan banyak kali sebagai tanda gedik.)

DyanaYunus said...

saya rela tak makan daripada menggedik begitu

Kurusdopoulous said...

ha ha. esok beli la. makan yang dee beli tadi pun masih boleh mengenyangkan.

Anonymous said...

mengape aku dilibatkan dalam cerite ini...

siut...

theridzsan

Kurusdopoulous said...

ala ceper, bukan selalu. kenang-kenangan tu.

Anonymous said...

hehehe..echo effect tuh tanda seram laa kununnye..haha..

sambung laa lg citer..xpun..ko kumpul sme koleksi seram yg ko ade jadikan cerita..aku suka citer seram..ooo..nnt aku bagi ko pinjam novel dari sindiket sol-jah..'siapa kekah bidan sepiah'..seram gak...dh bace belum?

p/s: aku sebenarnya sangat penakut yang suka citer seram..

-yi.mi

Kurusdopoulous said...

belum baca. pinjam mari.

Anonymous said...

eh lupe laa bawak..nnt laa aku bawak buku tuh ek..xpun ko beli jek kt sinaga naga..satu opis jek kot..


yi.mi

Kurusdopoulous said...

abang lan kan? ala, pinjam ko punya je.