23.2.09

salam

salam.

fulamak! apa sudah jadi dengan blog aku ni? sudah hampir 3 tahun tidak diupdated. memang dasar malas betulla. haha. aku sebenarnya tiada idea nak dicurahkan dalam blog. hampir 3 tahun masa berlalu dengan pantas tanpa disedari. umur aku semakin bertambah (T_T). kebanyakkan idea yang hadir aku salurkan ke kerja. yep. kerja itu penting.

aku sememangnya malas menaip, menulis & membaca. tapi aku suka melukis, mewarna, berimaginasi & menonton. kontra sungguh.
diari pun aku takde. haha. dulu ada orang bagi aku buku yang ala-ala diari fungsinya. kununnya seperti inginkan aku rajin menulis. aku menulis. hasilnya cuma tak sampai suku ketebalan buku tu untuk 3 tahun. contentnya dipenuhi lukisan, sedikit coretan hidup, luahan perasaan seorang lelaki kudus yang lurus (haha) & sedikit kajian tentang ..rahsia! hehe. mana boleh tahu. ini private & confidential.


ok. enough. sampai sini dahulu. ada pelbagai kisah yang aku nak tempelkan dalam blog ini. semuanya akan menyusul. harap bersabar. jumpa lagi! salam.

No comments: