23.2.09

hotel

salam.

hari ni abah keluar wad selepas 5 hari dalam 'hotel' hospital tengku ampuan rahimah (HTAR) klang. abah sudah nampak lebih sihat berbanding 5 hari lepas. pergerakan mulutnya sudah semakin lancar. gerak-gerinya juga semakin cargass & pantas. sepatutnya ada bil perubatan yang dichargekan untuk abah. tapi abah dapat free sebab abah ada kad pesara.

imbau balik hari pertama abah diarahkan melakukan pemeriksaan di HTAR, doktor kata yang abah disyaki menghidapi darah tinggi. apa tidaknya, bacaan tekanan darahnya mencecah 190. gila ah! tak pernah-pernah kena, tiba-tiba naik tinggi tu. doktor terus bagi 'waran' kat abah. aiseh, tak pasal-pasal kena tahan wad.

masa dicheck doktor kedua di tingkat 8B, abah terserempak dengan kawan dia. lebih kurang macam ni dialog lakonan semula adegan tersebut :

kawan: hah ji. kenapa? masuk wad ke?
abah: a'ah. kena tahan. darah tinggi.
kawan: hehe. selalunya ko datang amik 'orang'. skang ko pulak kena tahan wad.
abah: hehe.
kawan: ko nak makan? kalau nak,aku tolong simpankan.
abah: emm...boleh la.
kawan: ok. nanti aku simpankan.

sebelum darah diambil(ngeri gak time ni), doktor check sendi-sendi abah. kot-kot ada yang kantoi ke. semuanya masih lagi ok. habis semua prosedur, abah dapat katil. hujung level 8B & dekat dengan beranda. aku tengok abah macam tak tau nak buat apa. yela. orang baru pertama sekali duduk wad. duk tegur pesakit lain, tengok luar & kiri kanan. ok la tu kan.

lepas abah habis solat asar kat beranda, abah duduk atas kerusi kat beranda. telefon sapa ntah. tak lama tu, aku mintak permisi untuk balik ambil mak kat rumah. jam dah dekat pukul 7. aku tengok mata abah basah. aik? abah nangis ke? aku cuma anggap abah menguap sampai keluar air mata je. yela. yang aku tau, abah agak sukar nak mengalirkan air mata. cuma certain part je yang boleh buat abah menangis.

lepas aku listkan semua senarai benda yang abah mintak, aku salam abah & terus chow. malam kang nak datang lagi dengan mak.

aku terfikir, berkemungkinankah ada antara anak-anak abah yang bertujuh ni bakal terima penyakit yang sama? penyakit darah tinggi ni boleh mewarisi ke? confius ni. hmm..kena bersenam selalu la camni. makan pun kena jaga.


** rupanya abah tak dapat pun makanan dari kawan dia. terlupa la tu. aku bantai nasi gorang cina & roti pisang malam tu.

3 comments:

Nurdyana said...

salam.
found you!
tak bagitau pun ada blog?

pekabar?
hope you'll be alrite. and fine. and strong.
always.

keep writing. =)

Kurusdopoulous said...

waalaikumsalam.
ayark!!!
terjumpa gak blog saya ye?
ingatkan hanya unggas2 je yg selalu menatap blog saya ni. hihi.
saya seganla nk bgtau org psl blog saya ni.
manalah seseronok blog dyana. hehe.

saya sihat walafiat.
ish..penuh mkna kata2 dyana tu. hehe.
thanks for stop by at my blog.
til we meet again.
salam.

:)

Kurusdopoulous said...

uihh dah mcm diari ko lah plak...
ko x marah org baca hehehe...