23.2.09

hotel

salam.

hari ni abah keluar wad selepas 5 hari dalam 'hotel' hospital tengku ampuan rahimah (HTAR) klang. abah sudah nampak lebih sihat berbanding 5 hari lepas. pergerakan mulutnya sudah semakin lancar. gerak-gerinya juga semakin cargass & pantas. sepatutnya ada bil perubatan yang dichargekan untuk abah. tapi abah dapat free sebab abah ada kad pesara.

imbau balik hari pertama abah diarahkan melakukan pemeriksaan di HTAR, doktor kata yang abah disyaki menghidapi darah tinggi. apa tidaknya, bacaan tekanan darahnya mencecah 190. gila ah! tak pernah-pernah kena, tiba-tiba naik tinggi tu. doktor terus bagi 'waran' kat abah. aiseh, tak pasal-pasal kena tahan wad.

masa dicheck doktor kedua di tingkat 8B, abah terserempak dengan kawan dia. lebih kurang macam ni dialog lakonan semula adegan tersebut :

kawan: hah ji. kenapa? masuk wad ke?
abah: a'ah. kena tahan. darah tinggi.
kawan: hehe. selalunya ko datang amik 'orang'. skang ko pulak kena tahan wad.
abah: hehe.
kawan: ko nak makan? kalau nak,aku tolong simpankan.
abah: emm...boleh la.
kawan: ok. nanti aku simpankan.

sebelum darah diambil(ngeri gak time ni), doktor check sendi-sendi abah. kot-kot ada yang kantoi ke. semuanya masih lagi ok. habis semua prosedur, abah dapat katil. hujung level 8B & dekat dengan beranda. aku tengok abah macam tak tau nak buat apa. yela. orang baru pertama sekali duduk wad. duk tegur pesakit lain, tengok luar & kiri kanan. ok la tu kan.

lepas abah habis solat asar kat beranda, abah duduk atas kerusi kat beranda. telefon sapa ntah. tak lama tu, aku mintak permisi untuk balik ambil mak kat rumah. jam dah dekat pukul 7. aku tengok mata abah basah. aik? abah nangis ke? aku cuma anggap abah menguap sampai keluar air mata je. yela. yang aku tau, abah agak sukar nak mengalirkan air mata. cuma certain part je yang boleh buat abah menangis.

lepas aku listkan semua senarai benda yang abah mintak, aku salam abah & terus chow. malam kang nak datang lagi dengan mak.

aku terfikir, berkemungkinankah ada antara anak-anak abah yang bertujuh ni bakal terima penyakit yang sama? penyakit darah tinggi ni boleh mewarisi ke? confius ni. hmm..kena bersenam selalu la camni. makan pun kena jaga.


** rupanya abah tak dapat pun makanan dari kawan dia. terlupa la tu. aku bantai nasi gorang cina & roti pisang malam tu.

hari ini

salam

sudah 3 bulan aku bekerja sendiri. walaupun sekejap, banyak pengalaman yang sudah aku dapat. beberapa perkara sudah aku recognized sebagai kelemahan yang perlu diperbaiki untuk berjaya. aku sudah wujudkan perancangan untuk berubah sebagai azam aku yang utama untuk tahun 2009 ini.

namun, realitinya bukan seperti yang dijangka. memang diakui terlalu sukar untuk berubah dari A ke B. tapi ini sudah aku jangkakan. helahnya cuma sabar & teruskan usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

rupanya memang sukar bekerja sendiri. segala jenis daya sememangnya diperlukan untuk berjaya. nak cari job sudah jadi satu hal. menyelesaikan job satu hal lagi. payment pun satu hal lagi. itu tak termasuk dengan kerenah yang boleh menjadi beban yang terpaksa(sengaja) ditampung. yelah. customer is always right. nanti aku tempelkan beberapa job & artwork untuk tatapan korang semua. mana la tau kot-kot ada yang berminat nak gunakan khidmat yang aku ada. promote! promote! hehe.

salam

salam.

fulamak! apa sudah jadi dengan blog aku ni? sudah hampir 3 tahun tidak diupdated. memang dasar malas betulla. haha. aku sebenarnya tiada idea nak dicurahkan dalam blog. hampir 3 tahun masa berlalu dengan pantas tanpa disedari. umur aku semakin bertambah (T_T). kebanyakkan idea yang hadir aku salurkan ke kerja. yep. kerja itu penting.

aku sememangnya malas menaip, menulis & membaca. tapi aku suka melukis, mewarna, berimaginasi & menonton. kontra sungguh.
diari pun aku takde. haha. dulu ada orang bagi aku buku yang ala-ala diari fungsinya. kununnya seperti inginkan aku rajin menulis. aku menulis. hasilnya cuma tak sampai suku ketebalan buku tu untuk 3 tahun. contentnya dipenuhi lukisan, sedikit coretan hidup, luahan perasaan seorang lelaki kudus yang lurus (haha) & sedikit kajian tentang ..rahsia! hehe. mana boleh tahu. ini private & confidential.


ok. enough. sampai sini dahulu. ada pelbagai kisah yang aku nak tempelkan dalam blog ini. semuanya akan menyusul. harap bersabar. jumpa lagi! salam.