salah seekor hamster yang berjaya ditangkap.
Pemberitahuan. Kantor sudah menjadi tempat para hamster berkumpul, mengganas dan memporak-perandakan suasana bekerja di setiap sudut, celah dan tempat. Riot yang dicetuskan cukup membimbangkan ramai pengkaji-pengkaji politik dan sosio-ekonomi negara ini yang rata-rata berpendapat kejadian yang berlaku ada kaitannya dengan hibernasi haiwan yang bakal ditempuhi beberapa bulan lagi. Krew wartawan yang membuat liputan mengenai hal ini mendapati, banyak kuaci telah menjadi korban kerakusan hamster-hamster yang terbiar ini. Kulit kuaci kelihatan bertaburan di merata tempat tanpa ada siapa yang mengutip dan memasukkan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Mereka berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika tidak mahu kejadian ini berlarutan hingga tiada siapa yang mahu ambil peduli.
"Hilang kaki, terpijak bom,
hilang kasut, beli yang baru."
Saya, Karam Kapal Ditengah Laut melaporkan untuk TV86.
15 comments:
ko la hamster..wahaaaaaa....
p/s: aku x reti mkn kuaci smpai skrg..kuih koci boleh..
~dr yimee makhluk kerdil..
belajar dari kak kam la. kak kam pawer.
ahli kaji saintifik mengesahkan bahawa memakan kuaci berlebihan akan membuatkan seseorang ketagih akan bunyi apabila kuaci dibuka kulitnya. hampir 80% jumlah orang yang memakan kuaci sedar bahawa bunyi2 itulah yang menjadi nikmat makanan itu, bukan di dalam isinya. kesan jangka panjangnya akan menjadi lebih ketara apabila mulut asyik mengunyah hendakkan kuaci. kesan ini terbukti ketagihannya lebih tegar daripada merokok.
jadi, makanlah kuaci byk2 drp menghisap rokok. terima kasih.(walaupun aku sendiri pun bukannya tahu makan kuaci sangat.)
Erkkk.. Photoshop?
bahaya woo makan kuaci. boleh ketagih dan overdose melampau.
syuk: ini bukan cobaan. ini betul-betul. ni Hamster Army from The Darkness.
tu tangan abah ke pgg hamster tu? eeei, kuku panjang. kotor la -___-"
dee: cet! maaf sikit ye. abah selalu potong kuku. samaada hari khamis @ jumaat @ isnin.
maka, tangan siapakah itu? jeng3
bising lebih. d bila nampak putih sikit terus potong kut kuku
tu kuku mat saleh mana ntah. tapi kenapa perempuan suka bela kuku?
cett. abah gambar nak fiksyen sains je -__-"
jangan tanya d, d tak suka bela smpi pendek sgt sakit ni haa cengkam pulak. haduih. mungkin d bukan perempuan? :O
jangan sampai kena cengkam. kaki busuk dan sakit. tak feminin.
kak kam mmg antu kuaci..terer weyy...aku mmg x reti mkn kuaci..klu dh tahap kebulur pun x mkn juga..dulu, time sekolah rendah..member2 ajak mkn kuaci..tp aku kopek gune kuku..smpai sekarang x reti sgt kopek gune gigi..kadang2 tertelan kulit sekali..uwekk..muntah balik..
yi.mi
saya memang kurang kewanitaan -_-"
manusia mana ada yang sempurna.
Post a Comment