29.12.09

Mimpi

salam.

Phhooowwwwmmmm!!!!

Aku terus bangunkan badan aku yang terbaring itu sambil meraba-raba dada. Aku periksa perlahan-lahan dengan sedikit cemas. Menyedari tiada apa yang meragukan, aku baring semula. Aku mula membayangkan dan mengingati semula imej-imej yang ada dari mimpi ngeri yang semakin menghilang dari ingatan. Bait-bait imej pistol, suasana cemas dan mendebarkan dalam situasi yang pantas itu mula muncul. Arrkkhh!!!

Ada suara perempuan menjerit.

Ada suara lelaki menjerit.

Lelaki itu memegang pistol sambil mengacukannya ke arah aku.

Dia menjerit lagi.

Picu ditarik dan .............................

Phhooowwwwmmmm!!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah beberapa kali aku mimpikan perkara seperti ini yang hanya berbeza kejadian. Namun, hanya ini yang pertama kali aku ditembak dan tembakan itu amat dirasai realitinya. Tekanannya, senak dada dan terkejut. Cuma bezanya, aku tak merasa sakit. Aku masih ingat yang aku sempat menyebut Allah selepas terkulai ditembak sambil mata tertutup perlahan.

Mungkinkah ini gambaran yang Allah cuba tunjukkan kepada aku bagaimana rasanya peluru menembusi dada kita. Ia menyedarkan aku yang bahawa aku masih belum berani dan kuat seperti yang aku mahukan. Belum masanya aku berdiri di barisan hadapan. Aku hanya picis-picis lebihan percikan api yang mudah padam.

Apa yang patut aku lakukan?

No comments: