31.12.09

Condolence

Salam.

Pagi semalam aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Asyraf. Dia mengatakan ibunya telah meninggal dunia awal pagi itu. Kemudian dia menangis sedih. Aku terdiam seketika.

"Ko biar betul?" aku tanya.

"Iye." Asyraf bertegas tanda jujur.

Kalau diinginkan hati, mahu saja aku bertanya bermacam soalan. Tapi situasi dan masa menghalang.

"Ko tolong bagitahu kat kawan-kawan lain." sambung Asyraf.

"Ok ok. Nanti aku datang rumah ko."
-------------------------------------------------------------------

Aku terbayangkan wajah arwah. Saat-saat yang pernah diluangkan bersama; semasa beraya dirumah beliau dan di UM. Tiba-tiba aku rasa sebak. Beliau seperti mak aku sendiri. Kadang-kadang bergelak bersama.

Sedih. Hmmmm.....

Al-Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

No comments: