12.4.11

Beronggeng bersama Caca (2)

sambungan...

Jam menunjukkan 4 lebih. Petang yang panas-panas macamni memang sesuai duduk dalam kereta dan memandu dengan pasang aircond yang kuat. Caca masih steady makan pisang kat tengah-tengah ruang antara seat pilot dan co-pilot. Sesekali dia cuba menyanyi lagu Bruno Mars yang sedang berkumandang di radio kereta. Entah apa yang disebutnya pun aku pun tak faham tapi masih menghiburkan hati aku daripada aku dengar lagu asal kat radio tu. Asalkan ada bunyi.

Beberapa minit kemudian kitorang pun sampai kat ofis kakak aku. 'Free gear', tarik handbrake, tutup aircond dan radio. Last sekali matikan enjin. Tali pinggang keledar dah lama buka- sebelum masuk parking lagi. Ini skil orang-orang dah dekat 10 tahun punya memandu kereta. Bukan main-main. Budak kecik, budak baru nak amik lesen dinasihatkan jangan buat. Bahaya. Untuk brader-brader je yang boleh. Korang belajar dulu macamana nak kasi lepas klac lepas masuk gear 1.

Masuk ofis, kakak aku takda. Pekerja dia je yang ada. Dalam kepala, misi utama perlu diselesaikan segera- Internet Surfing. Wihuuuiiii! Caca aku setkan kat atas meja. Jangan bagi dia kacau tekan spacebar, huruf 'A', 'N' ataupun 'Q'. Budak lincah dan jenis banyak cakap macam dia ni memang rajin 'tolong' taip walaupun tak disuruh. Aku bagi dia main conteng-conteng kat kertas kosong dengan pen kaler-kaler. Sambil-sambil tu aku buka laman sesawang Domino pizza. Oleh kerana perut aku tak berisi makanan dari pagi, aku pun order dua pizza. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Caca.

********************

Selesai makan pizza, aku sambung mengadap pc. Tatkala sedang asyik mendelete emel, aku terhidu bau yang amat kurang menyenangkan. Terkial-kial mata dan hidung meliar mencari punca datangnya bau busuk tu. Check bawah meja, dalam tong sampah, bawah kerusi, tapak kaki; semuanya bukan punca. Aku pandang Caca. Dia buat-buat lukis tapak tangan. Sekali aku sound,

"Kakak yak ye?" tanya aku dengan tegas.

"Emm...kakak yak." jawab Caca dengan muka tak bersalah.

"Guano ni? Dah la tak bawak pampers dia ni." getus perasaan menyesal dalam hati aku. Yang pastinya, sepanjang perjalanan pulang nanti, aku terpaksa bernafas ikut mulut.

8.4.11

Beronggeng bersama Caca (1)

Salam.

Semalam dengan tiba-tiba, aku teringat akan satu perkara penting. Pensel di tangan diletak dengan segera dan aku segera bangkit dari kerusi. Dalam kepala hanya timbul satu benda sahaja; Kak N. Mata meliar ke kiri, kanan, depan & belakang mencari Kak N. Akhirnya mata tertumpu di meja berhadapan tiang besar dan bekas air subsidi yang diberikan oleh syarikat kepada kuli.

Aku bangkit dan menyegerakan langkah ke meja Kak N. Untuk mengenal beliau adalah bukan perkara yang sukar di opis aku. Dengan tubuh badan yang bulat, kiut dan dengan suaranya jika dia memanggil tanpa aku sempat menoleh pun dah boleh kenal. Hatta dengan bunyi tapak kakinya pun dah boleh tahu siapa yang berjalan.

"Kak", aku menegur.

Kak N menoleh tanpa sebarang bunyi.

"Hari ni 7 haribulan kan? Last day saya kerja kan?".

Kening beliau dinaikkan dan mimik wajah tanpa perasaannya pun berubah seraya berkata:

"Eh, yeke? Sekejap ye."

Tangan kanannya segera menyambar tetikus dan matanya terus tertumpu pada skrin pc lapuknya. Di klik sini, di klik sana, scroll atas, scroll bawah.

"Oh yelah. Hari ni awak last.", kata Kak N.

"Maknanya esok saya cuti la ek?".

"A'ah. Nanti hari Isnin awak masuk kerja balik macam biasa.", sambung beliau semula sambil tersenyum.

************

Hari ni aku ke bengkel Gemuk bersama Caca selepas selesai solat Jumaat. Sepatutnya kalau diikutkan rancangan asal, aku nak pergi seorang. Tapi memandangkan mak dan abah perlu ke Rawang untuk melawat keluarga saudara yang baru meninggal dunia, aku terpaksa membawa Caca sekali ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan beberapa perkara duniawi yang agak mustahak.

Selesai ke bengkel, kami ke bank dan terus ke opis kakak di Shah Alam.

"Kakak nak pisang?", tanya aku.

"NAK!!!", kata Caca dengan riak muka yang riang sambil senyum terangguk-angguk.

"Sebiji untuk kakak, sebiji untuk Pak Teh. Kan?", tanya aku dengan soalan seperti soalan teka teki.

"Emm!", jawab Caca sambil mengunyah pisang.

15.2.11

14 Februari


Apa yang ada pada 14 Februari? Ada apa-apa yang menarik ke pada tarikh tu?

Ala, korang pun tahu bila 14 Februari menjelang, pasti ada sambutan istimewa(istimewa katanya) yang digelar orang ramai sambutan Hari Valentine. Amende Hari Valentine ni? Ada ke dalam kalendar? Masuk cuti umum ke sambutan ni?

2 soalan terakhir tu tak penting. Soalan yang pertama tu yang perlu kita kaji, gali dan selidik jawapannya. Plus, wajar ke umat Islam di atas bumi ni menyambutnya? Jawapannya, berlambak. Aku nak cerita pun bukan pandai sangat. Korang boleh cari jawapannya kat internet, tanya orang-orang alim dan berilmu kat sekitar korang. Apa yang penting korang faham dengan jawapannya. Tahu tapi tak faham tak guna gak dop? Akhir sekali, tepuk dada, tanya iman.

She is Malay

Assalamualaikum.


Potret hitam putih terbaru yang di lakar pada awal pagi hari Khamis yang bertarikh 11 haribulan Februari 2011 yang lalu. Model adalah errr...thehehehehe...malu-malu. Masa yang diambil adalah lebih kurang 3-5 jam termasuk waktu solat fardhu subuh. Terima kasih pada Muhammad Haniff Khalid dan abang Khuzae sebab memberikan sedikit bantuan dan komen membina sewaktu proses pelakaran dijalankan.

Sekian, terima kasih

14.1.11

Totoro versus Usavich!

Sanggup aku menggadaikan 3 jam bengkel kerja untuk melukis benda alah ni:-





ilham dari karektor Totoro(My Neighbour Totoro) dan Kirenenko(Usavich). Aku gelarkannya TOTOVICH. Totovich, salam dengan semua orang. Bagus!

:D

12.1.11

Salah kah?

Salah kah jika kita berlaku jujur dengan pasangan kita semata-mata untuk berlaku adil dan menghormati dirinya yang mempunyai hak pada diri kita sendiri?

Salah kah jika kita jujur, sebenarnya kita mahu mentafsirkan sebahagian kasih sayang dan rasa cinta kita padanya adalah tanda penghargaan kita padanya yang mahu(ataupun telah) menerima kita seadanya tanpa rasa birokrasi, penindasan, keterpaksaan ataupun jelek dengan diri kita yang bukan sempurna ini?

Namun,

Salah kah jika kita beri si dia peluang dan ruang untuk menyesuaikan dirinya dalam perhubungan yang sudah terbina ini semata-mata kerana dia mencintai dan menyayangi kita sepenuh hati?

Salah kah kita cuba mengenali dirinya yang juga bukan sesempurna manusia seperti kita?

Salah kah kita jika bersabar dan belajar menghadam telatah / kerenah dirinya yang hanya seorang manusia biasa - yang tak terlepas melakukan kesilapan, yang ada perasaan marah, suka, sedih dan gembira, seperti kita sendiri?


Maafkan saya.

:(

~ ilyny ~