11.11.09

Kami yang sudah bosan. Babeh!

salam.

haritu, kami beramai-ramai bergotong -royong menolak van unit amal keluar dari pasir pantai pot 'Dick'sen. klac pam tak bleyh pakai pasal dah sengal. mahu tak mahu, kena tolak gak. kami terus jadi gagah bak badang. cuma kami tak makan muntah hantu sungai saja. otot lengan kami membesar dan keras seperti juara. otot kaki kami ketat dan tegang seperti batang konkrit. punggung kami mantap dan rakus seperti malik noor di zaman kegemilangan beliau dahulu. berbekalkan bantuan seekor pajero putih yang jinak; menarik van dengan tali pvc penambat kambing, kami berjaya mengeluarkan van dari awal maghrib hingga awal isya'.

nak balik ke mudik bandar diraja, aku kekurangan helmet. aku sudah garu punggung. mula-mula sudah nekad mahu balik pakai serban haji ban-ban. tapi seorang sahabat mengundang ide bernas yang berbentuk fizikal. beliau dengan lantangnya berkata idenya itu seraya memberikan aku sebuah helmet 'safety first at the construction area'. aku diam tanda setuju.

di jalanan, kami berhenti mencekik di restoren sifut. kerabat polis juga ramai mencekik di situ. sambil kami mencekik, kami menjeling diorang. diorang pun sama tiru aksi kami. sambil kami gelak-gelak, kami menjeling diorang lagi. diorang pun ikut serta. mungkin diorang hairan kami tak menyerupai diorang. ataupun mungkin kami kelihatan seperti sekumpulan model antarabangsa yang mempunyai tubuh badan macus, taf dan berwajah tampan. ataupun mungkin mereka pelik kenapa masih ada lagi segelintir sukarelawan parti yang 'kecundang'-(kecundang di kertas undi, tidak kepada perkara yang benar dan telus) di pot 'Dick'sen ni. lantak kamu la. kami nak balik lambat ke, cepat ke, tak nak balik ke, kami pedulik apa kalau kamu pedulik dengan kami. tau la kami kacak.

------------------

atas haiwei, aku sudeyh tak tahan lagi. telinga sudah sakit. rasa macam mahu pecah gegendang telinga. lepas tol seremban, aku suruh jemi berhenti. pakai key macam pencuri sampai tutup telinga, pakai spek hitam tengah-tengah malam dan kemaskan suweiter. habis tu, jemi terus pecut. motor robot aku tu tak boleh pecut lebih 120km/j. paling laju pun 110km/j. bodi berat macam gunung fuji. tapi kami dapat pintas pajero putih yang jinak tu. sempat solat jamak dulu kat dengkil. kat dengkil siap layan kopi dan roti bakar. huhahuha sampai sejam lebih baru balik bandar diraja.

sepanjang jalan dari dengkil sampai ke rumah buat aku terfikir dengan huhahuha tadi. menilai balik setiap apa yang kami bualkan. ada benarnya dan ada sangsinya. dengan keadaan Malaysia sekarang ni, kecewa, marah, geram, tak puas hati, gembira, suka dan sedih tetap ada. dan aku tanam nekad dalam diri untuk keluar. sampai bila nak manot dengan tekanan. paling tidak mahu jadi seperti Hizbullah di Lubnan, Al-Qaeda di serata dunia dan Hamas di Palestin. mahu bantu Pas sekuat mereka. mahu bantu jemaah sehebat mereka. mahu bantu bentuk kerajaan Islam di Malaysia. biar puak-puak asobiah kecut perut, gigil takut, lari nyuruk kat bawah batu atau dalam tanah.

rata-rata kami sudah bosan dengan tekanan yang ada. asobiahnya, ketidakadilannya, penipuannya, lidah bercabangnya, nafas busuknya, bibir gincunya. cuma jangan salah anggap dengan tindakan yang bakal kami ambil. kami bukan selfish. kami bukan lupakan tanggungjawab. tapi kami cuba bertanggungjawab. mungkin dengan sedikit bantuan kami ni sedikit sebanyak boleh memantapkan perjuangan yang ada. yakin itu penting. jujur juga penting. percaya juga penting. tapi paling penting adalah niat. sekarang kami sedang mengumpul kekuatan untuk keluar. semuanya kerana kami sudah bosan. babeh!

------------------

jepun sejuk, yukei sejuk, eiropah sejuk. aku perlu gemuk segera.


fin!


salam.

No comments: